Terma dan Syarat Yang Mentadbir CIMB Clicks

Terma-terma Akses

SILA BACA & FAHAMI TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT BERIKUT YANG MENGAWAL AKSES ANDA KEPADA LAMAN WEB www.cimbclicks.com.my ("LAMAN WEB" INI) DAN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN MELALUI LAMAN WEB INI, APA-APA APLIKASI MUDAH ALIH CIMB DAN APA-APA PERANTARA ELEKTRONIK LAIN YANG DILULUSKAN ("PERKHIDMATAN"). DENGAN MENGAKSES LAMAN WEB INI DAN/ATAU MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN, ANDA BERSETUJU UNTUK TERIKAT DENGAN TERMA-TERMA AKSES INI DAN PERJANJIAN PERBANKAN INTERNET CIMB CLICKS DI BAWAH ("PERJANJIAN PERBANKAN INTERNET CIMB CLICKS") (BERSAMA-SAMA, "TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT"). JIKA, PADA BILA-BILA MASA, ANDA TIDAK BERSETUJU MENERIMA SEBARANG TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT, ANDA HENDAKLAH DENGAN SERTA-MERTA MENAMATKAN SEMUA AKSES KEPADA LAMAN WEB INI DAN BERHENTI MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN.

Am

Laman Web ini dikendalikan dan disenggara, dan Perkhidmatan disediakan oleh CIMB Bank Berhad [197201001799 (13491-P)] ("kami") dan vendor pihak ketiga kami. Halaman ini membentangkan terma-terma penggunaan Laman Web ini dan Perkhidmatan. Dengan (i) mengakses Laman Web ini dan mana-mana halamannya dan/atau (ii) menggunakan mana-mana Perkhidmatan, anda bersetuju dengan Terma-terma dan Syarat-syarat ini.

Terma-terma dan Syarat-syarat ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan apa-apa bahan panduan berkaitan dengan langganan anda, penggunaan kemudahan, produk dan perkhidmatan yang diberikan atau disediakan oleh CIMB Bank, CIMB Islamic Bank dan/atau mana-mana anak syarikat, ahli gabungan dan rakan perniagaannya (termasuk apa-apa kemudahan, produk dan perkhidmatan masa hadapan yang mungkin anda perolehi daripada CIMB Bank, CIMB Islamic Bank dan/atau mana-mana anak syarikat, ahli gabungan dan rakan perniagaannya) dan terma-terma dan syarat-syarat lain atau sebarang perjanjian yang mengawal kemudahan, produk dan perkhidmatan tersebut. Jika terdapat sebarang percanggahan antara Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan terma-terma dan syarat-syarat perjanjian tersebut, terma-terma dan syarat-syarat perjanjian tersebut akan diberi keutamaan. Walau bagaimanapun, Terma-terma dan Syarat-syarat ini akan diberi keutamaan setakat mana percanggahan tersebut menyentuh akses dan penggunaan CIMB Clicks oleh anda.

Sila tujukan apa-apa soalan anda mengenai Terma-terma dan Syarat-syarat ini kepada Unit Resolusi Pelanggan kami:

Unit Resolusi Pelanggan (CRU)
P.O. Box 10338
GPO Kuala Lumpur
50710 Wilayah Persekutuan

Tel: +603 6204 7788
E-mel: cru@cimb.com

Tingkah Laku Anda

Anda bersetuju bahawa apabila anda mengakses Laman Web ini dan menggunakan Perkhidmatan, anda akan mematuhi semua undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa, dan anda tidak akan pada bila-bila masa cuba (atau membantu mana-mana orang lain) untuk menghantar apa-apa bahan (termasuk sebarang grafik, teks, skrip, muzik, bunyi, gambar, imej, seni, video dan karya multimedia lain atau sebarang kombinasinya) ("Bahan Anda"), melalui Laman Web ini atau Perkhidmatan:

  • (i) yang mengecam atau memfitnah atau melanggar hak orang lain;
  • (ii) yang mana penghantarannya merupakan kesalahan jenayah atau membangkitkan liabiliti sivil;
  • (iii) yang menggalakkan perkauman, kebencian, mengandungi pornografi atau menggalakkan pedofilia;
  • (iv) yang mengandungi sebarang virus atau kod hasad yang lain; dan/atau
  • (v) yang sebaliknya menjelikkan atas alasan tatasusila dan kesopanan awam.

Anda juga bersetuju untuk tidak menggodam atau cuba mendapatkan akses tanpa kebenaran kepada Laman Web ini atau Perkhidmatan, mengganggu keselamatan sumber Laman Web ini, memberikan maklumat, yang tidak tepat atau palsu, atau sebaliknya menyalahgunakan Laman Web ini dan Perkhidmatan. Jika pada bila-bila masa anda mendapati atau mengesyaki berlakunya apa-apa aktiviti ini, anda hendaklah memaklumkan kami dengan serta-merta. Jika anda gagal atau lambat berbuat demikian, anda juga boleh dipertanggungjawabkan untuknya, meskipun jika dilakukan oleh pihak ketiga dengan menggunakan akaun anda atau butir-butir log masuk anda.

Kami boleh, tetapi tidak mempunyai kewajipan, untuk terus memantau atau menyemak akses anda kepada Laman Web ini atau penggunaan Perkhidmatan. Jika kami mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa (i) terdapat sebarang transaksi tanpa kebenaran yang melibatkan, atau penyalahgunaan, Laman Web atau mana-mana Perkhidmatan, atau (ii) bahawa apa-apa penipuan, kesalahan jenayah atau pelanggaran mana-mana undang-undang atau peraturan-peraturan telah atau akan dilakukan berhubung dengan Laman Web atau Perkhidmatan (dalam setiap keadaan, "Penyalahgunaan atau Eksploitasi"), kami boleh (i) menyekat atau menggantung akses anda kepada Laman Web ini atau penggunaan Perkhidmatan oleh anda dengan serta-merta (tanpa memberikan apa-apa sebab atau memberikan notis terdahulu kepada anda) dan (ii) melaporkan Penyalahgunaan atau Eksploitasi kepada mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan (yang termasuk tetapi tidak terhad kepada Bank Negara Malaysia, Biro Kredit yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa berkanun atau kerajaan yang lain yang CIMB Bank dan atau CIMB Islamic Bank dikehendaki membuat pendedahan kepadanya atau yang mempunyai bidang kuasa terhadap CIMB Bank dan atau CIMB Islamic Bank). Kami berhak menyunting atau memadamkan Bahan Anda yang melanggar mana-mana peruntukan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini (i) tanpa notis kepada anda dan (ii) tanpa menanggung apa-apa liabiliti kepada anda, kecuali jika penyuntingan dan pemadaman tersebut diakibatkan oleh kecuaian melampau atau keingkaran yang disengajakan oleh kami.

Hak Harta Intelek

Anda mengakui bahawa apa-apa bahan (termasuk sebarang grafik, teks, skrip, muzik, bunyi, gambar, imej, seni, video dan karya multimedia lain atau sebarang kombinasinya ("Kandungan") yang tersedia di Laman Web kami dan melalui Perkhidmatan adalah pada setiap masa dilindungi oleh hak cipta, apa-apa hak harta intelek atau hak proprietari lain yang berkuat kuasa, dimiliki secara eksklusif oleh kami atau vendor pihak ketiga kami yang relevan (jika berkenaan).

Meskipun anda boleh memuat turun satu (1) salinan Kandungan untuk anda gunakan secara peribadi dan bukan secara komersil (dengan syarat anda mengekalkan semua notis hak cipta dan notis proprietari yang berkenaan yang terkandung di dalamnya), anda bersetuju bahawa Kandungan di Laman Web tidak boleh dihasilkan semula, disalin, dihantar (dalam apa jua bentuk atau melalui apa jua cara), diterbitkan, diadaptasi, disimpan, diedarkan, dipamerkan, dilesenkan, diubah suai, ditapis atau digunakan dalam apa jua cara tanpa persetujuan nyata daripada kami terlebih dahulu. Anda tidak boleh memasukkan hiperpautan pada Laman Web ini atau Perkhidmatan di sini atau mereplikakan ("mirror" atau "frame") keseluruhan Laman Web ini atau Perkhidmatan atau mana-mana bahagian daripadanya di mana-mana laman web atau pelayan lain.

Semua hak dalam Laman Web ini, Perkhidmatan dan Kandungan yang tidak diberikan dengan nyata kepada anda di bawah Terma-terma dan Syarat-syarat ini atau sebaliknya, dirizab dengan nyata oleh kami pada setiap masa.

Caj

Walaupun akses anda ke Laman Web ini disediakan tanpa sebarang caj, anda bersetuju bahawa kami pada setiap masa berhak untuk mengenakan caj untuk akses tersebut dengan memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar kepada anda tentang pengenaan caj tersebut.

Anda bersetuju dan mengakui bahawa untuk Perkhidmatan tertentu (sama ada disediakan pada masa ini atau pada masa hadapan), anda mungkin dikehendaki untuk mendaftar dengan kami untuk mengakses dan menggunakan Perkhidmatan tersebut. Anda bersetuju dan mengakui bahawa dalam keadaan sedemikian, kami berhak untuk mengenakan caj untuk pendaftaran tersebut dan/atau untuk mengakses dan menggunakan Perkhidmatan tersebut atau mana-mana bahagian daripadanya (dalam keadaan ini, caj tersebut akan dimaklumkan kepada anda sebelum anda mendaftar). Jika anda teruskan pendaftaran, anda akan dianggap menyetujui caj tersebut.

Maklumat Sulit

Adalah menjadi polisi kami untuk menghormati privasi apa-apa maklumat yang didedahkan oleh anda berkenaan dengan akses kepada Laman Web ini dan penggunaan Perkhidmatan oleh anda ("Maklumat Sulit"). Oleh itu, kami tidak akan menyunting atau mendedahkan Maklumat Sulit anda kecuali jika kami dikehendaki berbuat demikian selaras dengan apa-apa undang-undang atau peraturan-peraturan, untuk melindungi hak dan harta kami, untuk menguatkuasakan apa-apa peruntukan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini, untuk menyediakan Perkhidmatan kepada anda, untuk membalas apa-apa dakwaan bahawa sebarang Kandungan atau Bahan Anda melanggar hak orang lain, atau sebagaimana yang diperuntukkan di dalam sebarang terma dan syarat yang mengawal kemudahan, produk dan perkhidmatan yang diambil oleh anda, yang membuat peruntukan bagi pendedahan Maklumat Sulit anda.

Kami mungkin dari semasa ke semasa mendedahkan Maklumat Sulit anda (hanya dalam bentuk agregat atau demografi) kepada vendor pihak ketiga kami, pengiklan kami, ahli gabungan kami atau pihak lain yang berkenaan untuk rekod mereka. Maklumat lanjut tentang bagaimana kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi Maklumat Sulit anda dengan mematuhi undang-undang Malaysia ada disediakan dalam Notis Privasi Kumpulan CIMB (yang boleh didapati di www.cimbclicks.com.my dan www.cimb.com.my).

Fasal Privasi

Dengan mengakses Laman Web atau menggunakan mana-mana Perkhidmatan, anda dengan tak boleh batal bersetuju untuk terikat oleh Notis Privasi Kumpulan CIMB yang boleh didapati di www.cimb.com.my dan Terma-terma dan Syarat-syarat ini sejauh mana melibatkan pemprosesan maklumat peribadi anda. SILA PASTIKAN BAHAWA ANDA MEMBACA DAN MEMAHAMI NOTIS PRIVASI KUMPULAN CIMB DI SAMPING TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT INI SEBELUM MENERUSKAN AKSES KE LAMAN WEB INI ATAU MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN. Untuk mengelakkan keraguan, anda bersetuju bahawa Notis Privasi tersebut akan dianggap telah digabungkan ke dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini secara rujukan.

Jika anda memberikan maklumat peribadi dan kewangan berkaitan dengan pihak ketiga (termasuk maklumat berkaitan dengan waris dekat dan tanggungan anda) bagi tujuan membuka atau mengendalikan akaun atau kemudahan anda dengan kami atau sebaliknya melanggan produk dan perkhidmatan kami, anda (a) mengesahkan bahawa anda telah memperolehi kebenaran pihak ketiga tersebut atau sebaliknya berhak memberikan maklumat ini kepada kami untuk digunakan selaras dengan Terma-terma dan Syarat-syarat ini; (b) bersetuju untuk memastikan bahawa maklumat peribadi dan kewangan pihak ketiga tersebut adalah tepat; (c) bersetuju untuk memberikan maklumat kemas kini kepada kami secara bertulis jika berlaku apa-apa perubahan penting pada maklumat peribadi dan kewangan tersebut; dan (d) bersetuju bahawa kami boleh menamatkan akses anda kepada Laman Web dan/atau penggunaan mana-mana Perkhidmatan, jika kebenaran tersebut ditarik balik oleh mana-mana pihak ketiga tersebut.

Jika anda mengarahkan kami untuk melaksanakan apa-apa jenis transaksi rentas sempadan (termasuk membuat atau menerima bayaran), butir-butir berkaitan dengan transaksi rentas sempadan tersebut (termasuk maklumat berkaitan dengan pihak yang terlibat dalam transaksi tersebut) mungkin diterima dari atau dihantar ke luar negara, di mana maklumat tersebut mungkin boleh diakses (sama ada secara langsung atau tidak langsung) oleh pengawal selia dan pihak berkuasa luar negara (contohnya untuk mencegah jenayah). Dengan mengarahkan kami dan/atau agen kami untuk memasuki sebarang transaksi rentas sempadan bagi pihak anda, anda menyetujui pendedahan tersebut bagi pihak anda dan pihak lain yang terlibat dalam transaksi rentas sempadan tersebut.

Kami mungkin pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa, menjalankan semakan rujukan yang diperlukan termasuk tetapi tidak terhad kepada semakan pelaporan/rujukan kredit dengan (i) agensi pelaporan/rujukan kredit (termasuk tetapi tidak terhad kepada Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat atau Financial Information Sdn. Bhd.) (ii) dengan mana-mana agensi lain dan/atau (iii) dengan mana-mana institusi kewangan, untuk membolehkan kami memastikan status anda atau membantu kami membuat apa-apa keputusan, contohnya apabila kami perlu (a) menyemak butir-butir dalam permohonan untuk kredit dan perkhidmatan berkaitan kredit atau kemudahan lain; (b) mengurus akaun atau kemudahan kredit dan akaun atau kemudahan berkaitan kredit, termasuk menjalankan semakan terhadap portfolio anda; (c) mendapatkan balik hutang dan/atau sebarang tujuan berkaitan dengan akaun/kemudahan di bawah perjanjian ini. Anda akan dihubungkan oleh agensi pelaporan/rujukan kredit kepada mana-mana nama lain yang digunakan atau pernah digunakan oleh anda, dan mana-mana pemohon bersama dan berasingan. Anda bersetuju bahawa kami juga boleh berkongsi maklumat tentang anda dan bagaimana anda menguruskan akaun/kemudahan anda dengan agensi pelaporan/rujukan kredit yang berkenaan, dan dengan mana-mana agensi pelaporan/rujukan kredit tersebut mendedahkan maklumat kredit anda kepada pelanggannya bagi tujuan mengesan dan mencegah penipuan.

Anda mempunyai pilihan, pada bila-bila masa, untuk menarik balik apa-apa kebenaran yang diberikan sebelum itu. Dalam keadaan sedemikian, kami berhak untuk enggan atau berhenti menyediakan apa-apa produk, perkhidmatan, akaun dan/atau kemudahan yang berkaitan dengan maklumat tersebut, dengan memberikan notis bertulis terdahulu selama sekurang-kurangnya 3 Hari Perniagaan kepada anda.

Kami berhak untuk meminda fasal privasi ini dari semasa ke semasa dengan memberikan notis bertulis terdahulu selama sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari kalendar kepada anda. Kami boleh meletakkan notis tentang sebarang pindaan tersebut di laman-laman web kami, di ruang perbankan atau di lokasi yang mudah dilihat di cawangan kami.

Bagi maksud fasal privasi ini, Kumpulan CIMB terdiri daripada CIMB Group Holdings Berhad dan semua syarikat berkaitannya (seperti yang ditakrifkan dalam Seksyen 7 Akta Syarikat 2016) dan syarikat-syarikat yang dikawal bersama yang menyediakan perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan lain yang dikawal selia, tidak termasuk syarikat, cawangan, pejabat dan bentuk kehadiran lain yang beroperasi di luar Malaysia. Penggunaan perkataan "kami" apabila digunakan dalam fasal privasi ini hendaklah dibaca sebagai merujuk kepada Kumpulan CIMB.

Fasal ini adalah tanpa prejudis terhadap mana-mana fasal lain dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini yang membuat peruntukan bagi pendedahan maklumat.

Kadang kala, hiperpautan kepada laman web pihak ketiga (termasuk hiperpautan kepada laman web mana-mana pihak berkuasa pengawalseliaan seperti Bank Negara Malaysia yang menunjukkan bahawa kami mematuhi keperluan dan piawaian yang berkuat kuasa seperti yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia, dan komitmen kami untuk bersikap telus dan bertanggungjawab kepada anda pada setiap masa) akan dimasukkan di dalam Laman Web ini. Hiperpautan ini disediakan hanya untuk rujukan anda dan tidak bererti bahawa kami menyokong atau menyetujui laman web tersebut dalam apa jua cara. Penggunaan hiperpautan kepada laman web pihak ketiga dan penggunaan sebarang maklumat atau bahan yang tersedia di laman web pihak ketiga tersebut oleh anda akan, pada setiap masa dikawal oleh terma-terma penggunaan pihak ketiga tersebut dan sebarang dasar atau syarat lain yang berkenaan yang mungkin dikenakan oleh pihak ketiga tersebut. Oleh itu, kami tidak akan bertanggungjawab atas (a) akses dan penggunaan laman web tersebut oleh anda; (b) sebarang perkhidmatan, maklumat atau bahan yang tersedia di laman web tersebut, atau penggunaan laman web tersebut oleh anda; atau (c) apa-apa transaksi, penghantaran atau komunikasi antara anda dan pihak ketiga tersebut.

Penafian

Semua Kandungan yang tersedia di Laman Web ini dan Perkhidmatan, disediakan atas dasar "seadanya" dan "seperti yang tersedia". Kandungan tersebut adalah semata-mata untuk rujukan dan maklumat anda sahaja, dan tidak boleh, pada bila-bila masa, ditafsirkan sebagai disediakan untuk apa-apa tujuan perniagaan atau perdagangan atau sebagai tawaran atau permintaan dan/atau pemberian nasihat berkenaan dengan perkhidmatan pelaburan, kewangan atau perbankan oleh kami dan/atau mana-mana anak syarikat, ahli gabungan dan rakan perniagaan kami. Oleh itu, anda dinasihatkan agar mendapatkan nasihat profesional bebas pada setiap masa dan mengesahkan Kandungan tersebut dengan bebas sebelum membuat apa-apa keputusan berdasarkan Kandungan.

Meskipun kami akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan bahawa Kandungan di dalam Laman Web ini, sejauh mana yang mungkin, adalah tepat, lengkap, dikemaskinikan dan benar, anda mengakui dan bersetuju bahawa sesetengah Kandungan yang dihantar atau disediakan melalui Laman Web mungkin disediakan oleh pihak ketiga. Oleh itu, kami dengan nyata menafikan semua liabiliti terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan atau kekurangan dalam Kandungan tersebut. Selanjutnya, kami tidak memberikan apa-apa bentuk waranti, sama ada secara nyata atau tersirat (termasuk tetapi tidak terhad kepada waranti tentang kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu, tiada pelanggaran atau kebebasan daripada perisian hasad) yang berkaitan dengan Kandungan di Laman Web ini. Kami juga tidak memberi waranti bahawa Laman Web ini, Perkhidmatan dan Kandungan akan memenuhi keperluan anda, tidak terganggu, kena pada masanya atau selamat.

Anda semata-mata bertanggungjawab untuk membuat penilaian anda sendiri apabila mengakses dan menggunakan Laman Web ini, Perkhidmatan dan Kandungan di dalam Laman Web ini, dan anda mengakui dan menerima semua risiko sedia ada berkaitan dengan akses dan penggunaan Laman Web ini, Perkhidmatan dan Kandungan melalui internet.

Kami tidak akan, pada bila-bila masa, bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana orang lain atas apa-apa kerosakan atau kerugian pun jua yang ditanggung atau berbangkit daripada apa-apa gangguan kepada atau ketiadaan (i) Laman Web ini atau Perkhidmatan dan/atau Kandungan, dan/atau (ii) akses dan penggunaan yang sama oleh anda melainkan (i) disebabkan oleh kegagalan dalam sistem kami di mana kegagalan tersebut disebabkan oleh tindakan atau ketinggalan kami yang terlampau cuai, atau di mana kami telah dimaklumkan tentang kemungkinan kegagalan tersebut dalam tempoh masa yang cukup untuk mengelakkannya; atau (ii) disebabkan oleh sebarang kelewatan atau kesilapan pada apa-apa penghantaran atau komunikasi yang berkaitan dengan akses dan penggunaan Laman Web ini, Perkhidmatan dan/atau Kandungan oleh anda yang disebabkan oleh tindakan atau ketinggalan kami yang terlampau cuai.

Penepian

Jika kami gagal atau abai untuk menguatkuasakan apa-apa peruntukan atau remedi di bawah Terma-terma dan Syarat-syarat ini atas apa jua sebab, kami tidak akan dianggap sebagai menepikan hak kami untuk menguatkuasakannya atau sebagai menepikan hak kami yang berkaitan dengan apa-apa kemungkiran yang berterusan atau kemungkiran selepas itu terhadapnya, atau apa-apa peruntukan lain dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini.

Pelbagai

Kami berhak untuk mengubah suai Laman Web ini, Perkhidmatan dan Kandungan dalam apa cara jua dan/atau untuk menamatkan atau menyekat anda daripada mengakseskannya atau menggunakannya atau mana-mana bahagian daripadanya dengan memaklumkan anda tentang pengubahsuaian, penamatan atau sekatan tersebut melalui notis yang dipamerkan di Laman Web ini atau sebarang cara lain yang dibentangkan dalam Fasal 19 Perjanjian Perbankan Internet CIMB Clicks, sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum pengubahsuaian, penamatan atau sekatan tersebut berkuat kuasa, kecuali jika keadaan di luar kawalan kami membataskan keupayaan kami untuk berbuat demikian atau jika perlu, oleh kerana berlakunya Penyalahgunaan atau Eksploitasi Laman Web, Perkhidmatan dan Kandungan.

Undang-undang & Bidang Kuasa Yang Mengawal

Tidak kiralah dari mana anda mengakses atau cuba mengakses Laman Web ini dan/atau Perkhidmatan, anda bersetuju bahawa Terma-terma dan Syarat-syarat ini, pelaksanaan dan tingkah laku anda di bawah Terma-terma dan Syarat-syarat ini, akses kepada Laman Web ini oleh anda, penggunaan Perkhidmatan dan/atau Kandungan oleh anda dan apa-apa perselisihan atau pertikaian yang berbangkit berkaitan dengan akses atau penggunaan tersebut hendaklah, pada setiap masa, dikawal oleh dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia. Anda bersetuju untuk berserah dan terikat oleh bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.

Pelaksanaan kewajipan kami di bawah Terma-terma dan Syarat-syarat ini adalah sentiasa tertakluk kepada semua undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa. Apa jua yang terkandung dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini tidak akan menjejaskan hak kami untuk bertindak dengan mematuhi sebarang permintaan kerajaan atau keperluan undang-undang berkaitan dengan akses kepada Laman Web ini dan penggunaan Perkhidmatan, atau berkaitan dengan Kandungan yang disediakan kepada anda atau diperolehi oleh kami untuk kegunaan anda.

Anda bersetuju bahawa versi yang dicetak bagi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan apa-apa komunikasi yang diberikan dalam bentuk elektronik boleh diterima dalam prosiding kehakiman atau pentadbiran berkaitan dengan Terma-terma dan Syarat-syarat ini, setakat yang sama seolah-olah Terma-terma dan Syarat-syarat ini atau komunikasi tersebut telah dikeluarkan dalam bentuk bercetak.

Hakcipta 2021

CIMB Bank Berhad


Perjanjian Perbankan Internet CIMB Clicks

Perjanjian Perbankan Internet CIMB Clicks ini ("Perjanjian") dan terma-terma akses di atas ("Terma-terma Akses") (secara kolektif, "Terma-terma dan Syarat-syarat") membentangkan terma-terma dan syarat-syarat yang mengawal penggunaan anda terhadap CIMB Clicks, yang merupakan Perkhidmatan Perbankan Internet yang disediakan oleh CIMB Bank Berhad [197201001799 (13941-P)] kepada pelanggan yang layak, untuk membolehkan mereka mengakses dan menggunakan, secara elektronik, Akaun mereka (seperti yang ditakrifkan di bawah) dan kemudahan, produk dan perkhidmatan perbankan lain yang disediakan oleh CIMB Bank, CIMB Islamic Bank dan/atau mana-mana anak syarikat, ahli gabungan dan rakan perniagaan mereka.

Definisi

  • "Akaun" bermaksud satu atau lebih akaun simpanan, akaun semasa, akaun deposit tetap, akaun pelaburan am, akaun Mudharabah, akaun mata wang asing, akaun e-wang atau akaun pinjaman/pembiayaan, kad kredit, pelaburan anda atau akaun lain yang boleh diakses melalui CIMB Clicks, sebagaimana yang ditentukan oleh CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank dari semasa ke semasa.
  • "Perjanjian" bermaksud terma-terma dan syarat-syarat yang dibentangkan dalam perjanjian ini, seperti yang diubah dari semasa ke semasa.
  • "Perkhidmatan Perbankan" merujuk kepada kemudahan, produk dan perkhidmatan yang dikenal pasti dalam Perjanjian ini atau yang mungkin disediakan oleh CIMB Bank, CIMB Islamic Bank dan/atau mana-mana anak syarikat, ahli gabungan dan rakan perniagaannya dari semasa ke semasa melalui CIMB Clicks.
  • "Pengesahan Biometrik" bermaksud pengesahan menggunakan Cap Jari, ID Sentuhan atau ID Wajah sebagai cara untuk mengakses Aplikasi CIMB Clicks.
  • "Data Biometrik" bermaksud teraan-teraan cap jari, representasi-representasi digital bagi ciri-ciri wajah dan sebarang cara lain yang digunakan untuk menentusahkan identiti anda, seperti yang dicakupi melalui modul Cap Jari / ID Sentuhan / ID Wajah pada peranti mudah alih anda.
  • "Hari Perniagaan" bermaksud hari apabila CIMB Bank dibuka untuk perniagaan di Kuala Lumpur.
  • "CIMB Apply" bermaksud aplikasi mudah alih Aplikasi CIMB Apply yang anda muat turun dan diakses melalui peranti mudah alih iOS atau Android untuk membolehkan pembukaan akaun digital dan pemapanan dan terikat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank.
  • "CIMB Bank" bermaksud CIMB Bank Berhad [197201001799 (13941-P)] dan termasuk mana-mana anak syarikatnya dan pengganti hakmiliknya dan penerima serah haknya (sebagaimana yang berkenaan).
  • "PIN Kad CIMB" bermaksud nombor pengenalan peribadi enam digit yang diberikan kepada anda atau dipilih oleh anda bagi tujuan menggunakan kad debit CIMB atau kad kredit CIMB yang dikeluarkan kepada anda di bawah Akaun anda.
  • "CIMB Clicks" bermaksud Perkhidmatan Perbankan yang boleh diakses oleh anda di www.cimbclicks.com.my melalui Internet atau mana-mana perantara elektronik lain yang diluluskan oleh CIMB Bank selaras dengan Perjanjian ini. Bagi tujuan Terma-terma dan Syarat-syarat, rujukan kepada CIMB Clicks termasuk rujukan kepada Perkhidmatan Perbankan yang boleh diakses oleh anda melalui Aplikasi CIMB Clicks dan/atau Aplikasi CIMB Eva, mengikut keadaan.
  • "Aplikasi CIMB Clicks" bermaksud aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun dan diakses oleh anda melalui peranti mudah alih iOS atau Android untuk menerima Perkhidmatan CIMB Messenger (jika diaktifkan oleh anda) dan/atau untuk melaksanakan Perkhidmatan Perbankan terpilih sebagaimana yang ditentukan oleh CIMB Bank dari semasa ke semasa.
  • "ID Pengguna CIMB Clicks" bermaksud nama unik yang dipilih oleh anda pada kali pertama anda mendaftar dengan CIMB Clicks, yang terdiri daripada tidak kurang daripada enam (6) dan tidak lebih daripada tiga puluh dua (32) aksara abjad angka (yang mesti dimasukkan oleh anda setiap kali anda log masuk ke dalam CIMB Clicks), yang membolehkan sistem perbankan internet CIMB Bank mengaitkannya dengan CRN dan Kad Pin CIMB anda bagi tujuan penentusahan dan pengesahan untuk memberikan anda akses kepada CIMB Clicks.
  • "Kad kredit CIMB" bermaksud mana-mana kad kredit yang dikeluarkan oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank.
  • "Kad debit CIMB" bermaksud mana-mana kad debit yang dikeluarkan oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank.
  • "Aplikasi CIMB EVA" bermaksud aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun dan diakses oleh anda melalui peranti mudah alih iOS atau Android untuk menerima Perkhidmatan CIMB Messenger (jika diaktifkan oleh anda) dan/atau untuk melaksanakan Perkhidmatan Perbankan terpilih sebagaimana yang ditentukan oleh CIMB Bank dari semasa ke semasa dalam bentuk antara muka sembang.
  • "CIMB Islamic Bank" bermaksud CIMB Islamic Bank Berhad [200401032872 (671380-H)] dan termasuk mana-mana anak syarikatnya dan pengganti hakmiliknya dan penerima serah haknya (yang mana berkenaan).
  • "Perkhidmatan CIMB Messenger" merujuk kepada perkhidmatan makluman dan pemberitahuan yang disediakan di Aplikasi CIMB Clicks dan Aplikasi CIMB Eva.
  • "CRN" bermaksud nombor enam belas digit bagi kad debit CIMB atau kad kredit CIMB yang ditetapkan oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank yang dipautkan kepada Akaun anda di CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank dan yang mesti dimasukkan bersama-sama dengan Pin Kad CIMB anda pada kali pertama anda mendaftar dengan CIMB Clicks.
  • "DuitNow" bermaksud perkhidmatan yang diwujudkan oleh PayNet, yang membolehkan pelanggan memulakan dan menerima pemindahan kredit serta-merta dengan menggunakan nombor akaun atau ID DuitNow penerima.
  • "ID DuitNow" bermaksud pengenal bagi pemegang akaun, seperti nombor telefon mudah alih, nombor Kad Pengenalan, nombor pasport, nombor tentera atau nombor polis (bagi individu) atau nombor pendaftaran perniagaan (bagi pelanggan korporat) atau mana-mana pengenal lain yang mungkin diperkenalkan oleh PayNet dari semasa ke semasa.
  • "DuitNow QR" bermaksud perkhidmatan yang membolehkan pembayaran atau pemindahan kredit dilakukan secara berleluasa di seluruh industri dengan cara mengimbas kod QR yang mematuhi piawaian DuitNow QR.
  • "ID Wajah" bermaksud ciri pengecaman wajah yang disimpan dalam peranti mudah alih anda menggunakan sistem operasi iOS yang menyokong ciri pengesahan pengecaman wajah dan yang boleh digunakan untuk menggantikan ID Pengguna CIMB Clicks anda untuk mengakses Aplikasi CIMB Clicks anda untuk melaksanakan semakan 'Baki Pantas' atau mana-mana Perkhidmatan Perbankan terpilih lain sebagaimana yang ditentukan oleh CIMB Bank dari semasa ke semasa.
  • "Cap Jari" bermaksud teraan cap jari yang disimpan dalam Peranti Utama anda (jika peranti ini menyokong fungsi pengesahan cap jari) yang boleh digunakan untuk menggantikan ID Pengguna CIMB Clicks anda untuk mengakses Aplikasi CIMB Clicks anda untuk melaksanakan semakan 'Baki Pantas' atau mengakses Perkhidmatan Perbankan terpilih lain sebagaimana yang ditentukan oleh CIMB Bank dari semasa ke semasa.
  • "Goals & Savings" merujuk kepada ciri interaktif yang disediakan kepada pengguna-pengguna untuk membuat, menyemak, mengubah, menyimpan secara auto, menambah amaun, memadam dan menerima notifikasi berkenaan dengan penyediaan "Goals" di dalam aplikasi CIMB Clicks, berkaitan dengan akaun semasa dan akaun simpanan CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank terpilih yang ditentukan oleh CIMB Bank dari semasa ke semasa.
  • "Arahan" bermaksud apa-apa permintaan, permohonan, pemberikuasaan atau arahan dalam apa jua bentuk yang diberikan atau dihantar melalui CIMB Clicks kepada CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank oleh anda atau mana-mana orang lain yang menyamar sebagai anda, sama ada permintaan, permohonan, pemberikuasaan atau arahan tersebut diberi kuasa atau tidak diberi kuasa oleh anda.
  • "Kata Laluan Perbankan Internet" atau "Kata Laluan CIMB Clicks" bermaksud kata laluan peribadi 8 hingga 20 abjad angka yang dipilih oleh anda (yang hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya satu aksara khas dan gabungan huruf kecil dan besar) yang hendaklah digunakan oleh anda setiap kali anda log masuk ke dalam CIMB Clicks, untuk membolehkan sistem perbankan internet CIMB Bank mengaitkannya dengan CRN dan ID Pengguna CIMB Clicks anda bagi tujuan penentusahan dan pengesahan.
  • "JomPAY" bermaksud sistem pembayaran bil kebangsaan Malaysia yang diwujudkan dan dikendalikan oleh PayNet.
  • "Kerugian" bermaksud sebarang dan semua kerugian, kerosakan (kewangan dan sebaliknya), kecederaan, kos, caj, cukai, duti, levi, penalti dan/atau perbelanjaan tidak kira jenisnya, termasuk fi guaman atas dasar tanggung rugi penuh.
  • "Pegawai" bermaksud mana-mana pengarah, pegawai, pekerja atau pengkhidmat CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank.
  • "Kod Laluan" bermaksud kod 6 digit yang dipilih oleh anda bagi tujuan penentusahan untuk membolehkan anda meneruskan dengan transaksi DuitNow QR.
  • "Perbadanan Penerima" bermaksud perbadanan yang diluluskan oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank kepada mana Pembayaran boleh dibuat melalui CIMB Clicks, seperti yang dipaparkan di dalam 'Senarai Penerima' yang boleh didapati di CIMB Clicks. 'Senarai Penerima' boleh diubah pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank tanpa notis kepada anda.
  • "PayNet" bermaksud Payments Network Malaysia Sdn. Bhd.
  • "Pembayaran" bermaksud pembayaran yang dibuat oleh anda berkaitan dengan apa-apa bil atau apa-apa permintaan pembayaran lain yang diterima oleh anda daripada Perbadanan Penerima.
  • "Peranti Utama" bermaksud peranti mudah alih terakhir di mana anda mengaktifkan Aplikasi CIMB Clicks atau Aplikasi CIMB Eva (jika berkenaan), jika anda telah mengaktifkan Aplikasi CIMB Clicks atau Aplikasi CIMB Eva pada pelbagai peranti mudah alih. Jika anda hanya memasang Aplikasi CIMB Clicks atau Aplikasi CIMB Eva pada satu peranti mudah alih, maka peranti mudah alih tersebut akan menjadi Peranti Utama.
  • "Pemberitahuan Pacuan (Push Notifications)" bermaksud pemberitahuan dan jenis mesej lain yang boleh dihantar ke Peranti Utama anda meskipun Peranti Utama anda dikunci, dalam keadaan tunggu sedia, atau Aplikasi CIMB Clicks atau Aplikasi CIMB Eva tidak dibuka.
  • "Baki Pantas" bermaksud perkhidmatan pertanyaan akaun pada Aplikasi CIMB Clicks yang boleh diakses oleh anda dengan menggunakan ID Pengguna CIMB Clicks, Pengesahan Cap Jari atau ID Sentuhan (jika peranti mudah alih anda menyokong fungsi pengesahan cap jari) atau ID Wajah (jika peranti mudah alih anda menggunakan sistem operasi iOS yang menyokong fungsi pengecaman wajah).
  • "SecureTACTM" adalah suatu ciri keselamatan yang telah dilaksanakan untuk menyediakan lapisan perlindungan kedua untuk Perkhidmatan Perbankan tertentu dalam CIMB Clicks, di samping ID Pengguna CIMB Clicks dan Kata Laluan Perbankan Internet anda. Ciri SecureTACTM dipautkan kepada ID Pengguna CIMB Clicks dan Peranti Utama anda dan di bawah ciri keselamatan ini, anda hendaklah 'Meluluskan' transaksi sebelum dapat mengakses dan melaksanakan Perkhidmatan Perbankan tertentu. Jenis Perkhidmatan Perbankan yang memerlukan SecureTACTM akan ditentukan oleh CIMB Bank dari semasa ke semasa dan/atau selaras dengan apa-apa keperluan undang-undang atau pengawalseliaan yang berkuat kuasa.
  • "Perkhidmatan Pemesejan Selamat" merujuk kepada kaedah komunikasi melalui mana anda boleh menghantar atau menerima mesej kepada dan atau daripada CIMB Bank melalui peti surat yang diakses oleh anda melalui CIMB Clicks.
  • "TAC" adalah ciri keselamatan yang telah dilaksanakan untuk menyediakan lapisan perlindungan kedua untuk transaksi perbankan dalam talian, di samping ID Pengguna CIMB Clicks dan Kata Laluan Perbankan Internet anda. TAC adalah kod 6 digit yang unik yang perlu dimasukkan untuk transaksi dalam talian yang khusus, yang akan dihantar kepada anda melalui TAC pada SMS.
  • "TAC pada SMS" merujuk kepada cara menghantar TAC kepada nombor telefon mudah alih anda yang didaftarkan dalam rekod CIMB Bank, melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).
  • "ID Sentuhan" bermaksud teraan ID sentuhan yang disimpan dalam peranti mudah alih anda yang menggunakan sistem operasi iOS dan menyokong ciri pengesahan cap jari, dan boleh digunakan untuk menggantikan ID Pengguna CIMB Clicks anda untuk mengakses Aplikasi CIMB Clicks anda untuk melaksanakan semakan 'Baki Pantas' atau mana-mana Perkhidmatan Perbankan terpilih lain sebagaimana yang ditentukan oleh CIMB Bank dari semasa ke semasa.
  • "Pemindahan" bermaksud apa-apa pemindahan dana di antara Akaun CIMB Bank atau Akaun Bank CIMB Islamic anda sendiri atau kepada akaun pihak ketiga yang dipegang di CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank atau sebarang pemindahan lain yang mungkin disediakan kepada anda oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank dari semasa ke semasa.
  • "anda" bermaksud orang yang mengakses www.cimbclicks.com.my dan menggunakan CIMB Clicks.

Pentafsiran

Kecuali dinyatakan sebaliknya, kata-kata yang menandakan mufrad termasuk jamak dan begitu juga sebaliknya.

1. Permohonan Dan Pendaftaran Kepada CIMB Clicks

  • 1.1 Pendaftaran dalam CIMB Clicks hanya tersedia kepada pelanggan yang mempunyai satu atau lebih Akaun dengan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank.
  • 1.2 Akaun yang memerlukan dua atau lebih penandatangan untuk membuat pemindahan, pengeluaran dan transaksi lain tidak layak untuk mendaftar dengan CIMB Clicks.
  • 1.3 Pendaftaran dalam CIMB Clicks boleh dilakukan dengan menggunakan butir-butir anda yang dipautkan kepada kad debit CIMB atau kad kredit CIMB anda. CRN dan Pin Kad CIMB akan digunakan sekali semasa pendaftaran, dan pada masa itu anda hendaklah memilih ID Pengguna CIMB Clicks dan Kata Laluan Perbankan Internet. Selepas itu, anda akan mengakses CIMB Clicks menggunakan ID Pengguna CIMB Clicks dan Kata Laluan Perbankan Internet anda.
  • 1.4 Anda boleh memohon Pin Kad CIMB daripada CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank selaras dengan prosedur yang ditetapkan oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank dari semasa ke semasa.

2. Prosedur Untuk Mendaffar Dan Mengakses CIMB Clicks

  • 2.1 Untuk mendaftar untuk CIMB Clicks, anda perlu mendaftar dalam talian di www.cimbclicks.com.my dengan menekan tab pendaftaran dalam talian.
    • i) Jika anda mempunyai kad debit CIMB atau kad kredit CIMB bersama-sama dengan Pin Kad CIMB untuk kad debit CIMB atau kad kredit CIMB tersebut, anda hendaklah menggunakan CRN, Pin Kad CIMB dan melengkapkan CAPTCHA (ujian cabaran-gerak balas) yang kelihatan pada skrin untuk mendaftar di www.cimbclicks.com.my. Anda juga hendaklah memilih satu ID Pengguna CIMB Clicks dan satu Kata Laluan Perbankan Internet selaras dengan Fasal 2.3. Langkah-langkah ini hanya perlu dilaksanakan sekali sahaja. Selepas itu, anda akan mengakses CIMB Clicks menggunakan ID Pengguna CIMB Clicks dan Kata Laluan Perbankan Internet anda.
    • ii) Jika anda mempunyai kemudahan pinjaman/pembiayaan (termasuk kemudahan sewa beli/sewa beli-i) daripada, atau memegang pelaburan berstruktur atau unit amanah dengan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank, anda hendaklah menggunakan nombor akaun pinjaman/pembiayaan, nombor perjanjian induk/nombor akaun kustodial sekuriti atau nombor akaun unit amanah, mengikut keadaan, melengkapkan CAPTCHA (ujian cabaran-gerak balas) yang kelihatan pada skrin dan memberikan butir-butir peribadi anda yang lain untuk mendaftar di www.cimbclicks.com.my. Anda juga hendaklah memilih satu ID Pengguna CIMB Clicks dan satu Kata Laluan Perbankan Internet selaras dengan Fasal 2.3. Langkah-langkah ini hanya perlu dilaksanakan sekali sahaja. Selepas itu, anda akan mengakses CIMB Clicks dengan menggunakan ID Pengguna CIMB Clicks dan Kata Laluan Perbankan Internet anda.
  • 2.1A Untuk pembukaan akaun semasa atau akaun simpanan melalui CIMB Apply, proses pembukaan akaun dan pendaftaran CIMB Clicks adalah melalui CIMB Apply. Ketika proses pembukaan akaun, anda perlu melakukan pemindahan dana ke akaun baru diikuti dengan pendaftaran CIMB Clicks melalui CIMB Apply. Anda juga perlu mencalonkan ID Pengguna CIMB Clicks dan Kata Laluan Perbankan Internet dan memberi maklumat peribadi anda untuk mendaftar CIMB Clicks melalui CIMB Apply. Langkah ini cuma perlu dilaksanakan sekali sahaja melalui CIMB Apply. Selepas itu, untuk kali pertama mengakses CIMB Clicks dengan menggunakan ID Pengguna CIMB Clicks dan Kata Laluan Perbankan Internet anda, anda akan diminta supaya mengaktifkan kad debit CIMB anda yang dihantar kepada anda melalui pos sebelum anda dibenarkan untuk menggunakan Akaun anda melalui CIMB Clicks.
  • 2.2 Anda juga mungkin dikehendaki untuk memberikan maklumat pelanggan tertentu kepada CIMB Bank sebagaimana yang dianggap perlu oleh CIMB Bank untuk menyediakan Perkhidmatan Perbankan dengan berkesan. Maklumat tersebut mungkin termasuk, antara lainnya, nama, alamat, tarikh lahir, nombor hubungan, alamat e-mel anda dan jawapan kepada soalan keselamatan. Maklumat ini akan disimpan oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank dan boleh digunakan untuk memasarkan perkhidmatan kewangan kami dan bagi tujuan pemprofilan dan mungkin didedahkan kepada pihak atau orang lain selaras dengan peruntukan Fasal 12 Perjanjian ini.
  • 2.3 2.3 Setelah anda berjaya mengesahkan:
    • i) CRN, Pin Kad CIMB dan keputusan CAPTCHA anda; atau
    • ii) nombor akaun pinjaman/pembiayaan, nombor perjanjian induk/nombor akaun kustodial sekuriti atau nombor akaun unit amanah (mengikut keadaan), keputusan CAPTCHA dan butir-butir peribadi anda, satu TAC akan dihantar kepada anda melalui TAC pada SMS berdasarkan nombor peranti mudah alih yang diberikan oleh anda kepada Bank. Anda hendaklah memasukkan TAC dan kemudian memilih dan memasukkan ID Pengguna CIMB Clicks pilihan anda yang membolehkan anda terus mengakses dan menggunakan CIMB Clicks. Anda seterusnya akan diminta supaya memasukkan Kata Laluan Perbankan Internet anda.
  • 2.4 Setelah selesai langkah-langkah yang dihuraikan di atas dan setelah anda membuat pengesahan pada skrin (on screen), tentang butir-butir yang diberikan oleh anda, anda akan dibenarkan mengakses CIMB Clicks.
  • 2.5 Selepas anda berjaya mendaftar di CIMB Clicks, anda dikehendaki memasukkan ID Pengguna CIMB Clicks anda dan Kata Laluan Perbankan Internet anda setiap kali anda log masuk ke dalam CIMB Clicks.
  • 2.6 Anda bersetuju dan mengakui bahawa CIMB Bank berhak untuk membatalkan ID Pengguna CIMB Clicks anda dan Kata Laluan Perbankan Internet anda jika terdapat sebab yang sah untuk berbuat demikian dan CIMB Bank tidak diwajibkan untuk memberikan sebarang sebab untuk pembatalan tersebut atau membalas apa-apa permintaan untuk maklumat daripada anda.

3. Prosedur untuk Mendapatkan Semula ID Pengguna CIMB Clicks dan Menetapkan Semula Kata Laluan Perbankan Internet

  • 3.1 Sekiranya anda lupa ID Pengguna CIMB Clicks dan/atau Kata Laluan Perbankan Internet anda, satu-satunya cara anda boleh mendapatkan semula ID Pengguna CIMB Clicks anda dan/atau menetapkan semula Kata Laluan Perbankan Internet anda adalah secara dalam talian di www.cimbclicks.com.my dan menekan tab 'Lupa ID & Kata Laluan'.
    • i) Jika anda mempunyai kad debit CIMB atau kad kredit CIMB bersama-sama dengan Pin Kad CIMB untuk kad debit CIMB atau kad kredit CIMB tersebut, anda hendaklah menggunakan CRN, Pin Kad CIMB dan melengkapkan CAPTCHA (satu ujian cabaran-gerak balas) yang kelihatan pada skrin bagi tujuan pengesahan, untuk mendapatkan semula ID Pengguna CIMB Clicks anda dan/atau untuk menetapkan semula dan menukar Kata Laluan Perbankan Internet anda.
    • ii) Jika anda mempunyai kemudahan pinjaman/pembiayaan daripada, atau memegang pelaburan berstruktur atau unit amanah dengan, CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank, anda hendaklah menggunakan nombor akaun pinjaman atau nombor perjanjian induk/ nombor akaun kustodial sekuriti atau nombor akaun unit amanah, lengkapkan CAPTCHA (satu ujian cabaran-gerak balas) yang kelihatan pada skrin dan masukkan TAC yang dihantar kepada anda melalui TAC pada SMS bagi tujuan pengesahan, untuk mendapatkan semula ID Pengguna CIMB Clicks anda dan/atau menetapkan semula dan menukar Kata Laluan Perbankan Internet anda.
    • iii) Jika anda mempunyai Kad Debit CIMB yang belum diaktifkan, anda hendaklah menggunakan nombor akaun semasa atau simpanan, masukkan 'captcha' yang muncul di skrin dan TAC yang dihantar melalui SMS kepada anda untuk tujuan pengesahan untuk mendapatkan semula ID Pengguna CIMB Clicks dan / atau menetapkan dan ubah Kata Laluan Perbankan Internet anda.
  • 3.2 Setelah anda berjaya mengesahkan:
    • i) CRN, Pin Kad CIMB dan keputusan CAPTCHA anda; atau
    • ii) nombor akaun pinjaman atau nombor perjanjian induk/nombor akaun kustodial sekuriti atau nombor akaun unit amanah, keputusan CAPTCHA dan TAC anda,

      (yang mana berkenaan) ID Pengguna CIMB Clicks anda akan dipaparkan.
  • 3.3 Sekiranya anda ingin menetapkan semula dan menukar Kata Laluan Perbankan Internet anda, anda hendaklah memasukkan kata laluan peribadi minimum 8 hingga 20 abjad angka yang dipilih oleh anda (yang hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya satu aksara khas dan gabungan huruf kecil dan besar) dan mengesahkan kata laluan baharu tersebut. Selepas itu, anda hendaklah meluluskan penetapan semula dan penukaran Kata Laluan Perbankan Internet anda melalui SecureTACTM atau memasukkan TAC yang dihantar kepada anda melalui TAC pada SMS dengan sewajarnya dan menyerahkan permintaan untuk membolehkan Kata Laluan Perbankan Internet anda berjaya ditetapkan semula dan diubah.
  • 3A. Prosedur untuk mengkonfigurasi (set up) Aplikasi CIMB Eva buat kali pertama dan log masuk selepas itu ke dalam Aplikasi CIMB Eva:
    • i) Setelah anda memuat turun dan memasang Aplikasi CIMB Eva, anda dikehendaki melakukan konfigurasi kali pertama yang memerlukan anda memasukkan ID Pengguna CIMB Clicks dan Kata Laluan Perbankan Internet anda.
    • ii) Setelah anda berjaya memberikan dan menentusahkan ID Pengguna CIMB Clicks dan Kata Laluan Perbankan Internet anda, TAC akan dihantar kepada anda melalui TAC pada SMS yang and perlu masukkan.
    • iii) Setelah selesai melaksanakan langkah-langkah yang diperlukan yang dihuraikan pada skrin dan memasukkan TAC yang dihantar melalui TAC pada SMS, anda akan selesai melaksanakan konfigurasi kali pertama untuk Aplikasi CIMB Eva anda dan akan mula menerima makluman dan pemberitahuan yang boleh diakses dalam modul 'Pemberitahuan' pada Aplikasi CIMB Eva.
    • iv) Setelah anda berjaya mengkonfigurasi Aplikasi CIMB Eva, anda dikehendaki memasukkan ID Pengguna CIMB Clicks dan Kata Laluan Perbankan Internet anda setiap kali anda log masuk ke dalam Aplikasi CIMB Eva.
    • v) Anda dibenarkan mengkonfigurasi Aplikasi CIMB Eva di dalam lebih daripada satu peranti mudah alih untuk satu ID Pengguna CIMB Clicks pada setiap satu masa, bergantung kepada apa-apa had yang ditetapkan oleh CIMB Bank dari semasa ke semasa, tentang bilangan peranti mudah alih yang dibenarkan.
  • 3B. Prosedur untuk mengkonfigurasi Aplikasi CIMB Clicks buat kali pertama dan log masuk selepas itu ke dalam Aplikasi CIMB Clicks:
    • i) Selepas anda memuat turun dan memasang Aplikasi CIMB Clicks, anda dikehendaki memasukkan ID Pengguna CIMB Clicks dan Kata Laluan Perbankan Internet anda.
    • ii) Selepas ID Pengguna CIMB Clicks dan Kata Laluan Perbankan Internet anda berjaya ditentusahkan, anda akan diminta supaya mengaktifkan: - i). Kad Debit CIMB (pilihan), ii). Perkhidmatan CIMB Messenger (wajib), iii) Pengesahan Biometrik (hanya tersedia untuk peranti mudah alih tertentu yang disokong) (tidak wajib), iv) Baki Pantas (tidak wajib), dan v) SecureTACTM (wajib).
    • iii) Seterusnya, anda dikehendaki untuk meminta TAC, yang akan dihantar kepada telefon mudah alih anda melalui TAC pada SMS. Untuk melengkapkan konfigurasi kali pertama dengan jayanya, anda perlu memasukkan TAC yang telah anda minta.
    • iv) Setelah selesai langkah-langkah di atas, anda akan dapat mengakses Perkhidmatan Perbankan yang disediakan di dalam Aplikasi CIMB Clicks.
    • v) Setelah anda berjaya mengkonfigurasi Aplikasi CIMB Clicks, jika anda ingin melaksanakan Perkhidmatan Perbankan terpilih melalui Aplikasi CIMB Clicks, anda dikehendaki memasukkan ID Pengguna CIMB Clicks dan Kata Laluan Perbankan Internet anda dan pilih Perkhidmatan Perbankan daripada senarai ke bawah "I Want To" setiap kali anda log masuk ke dalam Aplikasi CIMB Clicks.
    • vi) Jika anda ingin log masuk ke dalam Aplikasi CIMB Clicks menggunakan Pengesahan Biometrik, anda dikehendaki menekan "Login using Touch ID" pada peranti iOS anda atau "Login using my Figerprint" pada peranti Android anda dan imbas Pengesahan Biometrik anda pada peranti mudah alih anda dan masukkan Kata Laluan Perbankan Internet anda setiap kali anda log masuk ke dalam Aplikasi CIMB Clicks.
    • vii) Jika anda ingin mengakses Baki Pantas pada Aplikasi CIMB Clicks, anda dikehendaki memasukkan ID Pengguna CIMB Clicks anda dan pilih "View Quick Balance" dari senarai ke bawah "I Want To" setiap kali anda log masuk ke dalam Aplikasi CIMB Clicks.
    • viii) Jika anda ingin mengakses Baki Pantas pada Aplikasi CIMB Clicks menggunakan Pengesahan Biometrik, anda dikehendaki menekan "Login using Touch ID" pada peranti iOS anda atau "Login using my Fingerprint" pada peranti Android anda, dan imbas Pengesahan Biometrik anda pada peranti mudah alih anda setiap kali anda log masuk ke dalam Aplikasi CIMB Clicks.
    • ix) Anda dibenarkan mengkonfigurasi Aplikasi CIMB Clicks di dalam lebih daripada satu peranti mudah alih untuk satu ID Pengguna CIMB Clicks pada setiap satu masa, bergantung kepada apa-apa had yang ditetapkan oleh CIMB Bank tentang bilangan peranti mudah alih yang dibenarkan.

4. Penerimaan Terma-terma Dan Syarat-syarat

  • 4.1 Sila pastikan bahawa anda membaca dan memahami Terma-terma dan Syarat-syarat ini sebelum mendaftar untuk CIMB Clicks. Jika anda tidak memahami mana-mana Terma-terma dan Syarat-syarat ini, sila hubungi kami di Unit Resolusi Pelanggan kami yang dinyatakan dalam Fasal 14.1 untuk penjelasan. Anda mengakui bahawa pada kali pertama anda mendaftar untuk CIMB Clicks, anda akan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan anda selanjutnya mengakui dan menerima semua risiko yang wujud berkaitan dengan mengakses, menjalankan, menerima dan/atau melaksanakan sebarang Perkhidmatan Perbankan dan sebarang transaksi melalui Internet, atau mana-mana perantara elektronik lain yang diluluskan oleh CIMB Bank.
  • 4.2 Anda bersetuju untuk mematuhi Terma-terma dan Syarat-syarat ini apabila anda mengakses dan menggunakan CIMB Clicks.
  • 4.3 CIMB Clicks disediakan atas dasar "seadanya," dan "seperti yang tersedia" (yang termasuk semua kepincangan yang wujud dalam CIMB Clicks). CIMB Bank menafikan semua waranti (nyata dan tersirat), termasuk, tetapi tidak terhad kepada, apa-apa waranti tentang kebolehdagangan, kualiti maklumat, kenikmatan aman sentosa, tiada pelanggaran, hakmilik atau kesesuaian untuk tujuan tertentu. CIMB Bank tidak memberi waranti bahawa CIMB Clicks adalah bebas dari kesilapan, tidak mengalami gangguan, bebas dari perisian hasad (termasuk perisian intip, perisian iklan, virus, cecacing komputer, dan kod hasad lain), atau akan berfungsi untuk memenuhi keperluan anda. CIMB Bank tidak memberi waranti bahawa CIMB Clicks akan berfungsi dengan sistem operasi anda atau dengan mana-mana perisian lain yang dipasang pada komputer atau peranti mudah alih anda dan menafikan sebarang liabiliti berbangkit daripada ketidakupayaan anda untuk memasang Aplikasi CIMB Clicks dan Aplikasi CIMB Eva dan/atau ketidakupayaan anda untuk mengakses dan/atau mengakses sepenuhnya Perkhidmatan Perbankan melalui aplikasi tersebut.

5. Tanggungjawab Untuk Pin Kad CIMB, CRN, Kata Laluan CIMB Clicks, SecureTACTM, TAC, Kod Laluan Dan ID Pengguna CIMB Clicks

  • 5.1 Anda bersetuju dan mengakui bahawa anda akan sentiasa merahsiakan Pin Kad CIMB, CRN, Kata Laluan Perbankan Internet, SecureTACTM, TAC, Kod Laluan dan ID Pengguna CIMB Clicks anda dan tidak akan berkongsi atau mendedahkan CRN, Pin Kad CIMB, Kata Laluan Perbankan Internet, TAC, SecureTACTM, Kod Laluan dan ID Pengguna CIMB Clicks anda kepada mana-mana orang, termasuk mana-mana pegawai CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank. Anda mempunyai kewajipan untuk melaksanakan sikap berjaga-jaga, ketekunan dan sikap berwaspada dengan bersungguh-sungguh untuk melindungi peranti mudah alih anda daripada kehilangan, kecurian atau penggunaannya dalam cara yang menipu untuk mengelakkan TAC atau SecureTACTM anda yang dihantar ke peranti mudah alih anda digunakan tanpa kebenaran.
  • 5.2 Anda hendaklah, pada setiap masa:
    • 5.2.1 mematuhi semua langkah keselamatan yang mungkin ditetapkan oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank berkaitan dengan CRN, Pin Kad CIMB, Kata Laluan Perbankan Internet, SecureTACTM, TAC, Kod Laluan dan ID Pengguna CIMB Clicks anda;
    • 5.2.2 mengambil semua langkah berjaga-jaga yang munasabah yang diperlukan untuk memastikan bahawa orang lain tidak mempunyai atau tidak akan diberikan akses kepada CRN, Pin Kad CIMB, Kata Laluan Perbankan Internet, SecureTACTM, TAC, Kod Laluan dan ID Pengguna CIMB Clicks anda. Langkah berjaga-jaga tersebut mungkin termasuk antara lainnya, dengan serta-merta menghafal Pin Kad CIMB, Kata Laluan Perbankan Internet, SecureTACTM, TAC, Kod Laluan dan ID Pengguna CIMB Clicks anda dan memusnahkan apa-apa sampul atau dokumen yang mengandunginya (jika ada);
    • 5.2.3 tidak menyimpan CRN, Pin Kad CIMB, Kata Laluan Perbankan Internet, SecureTACTM, TAC, Kod Laluan dan ID Pengguna CIMB Clicks dalam apa jua bentuk kecuali dalam ingatan;
    • 5.2.4 tidak membiarkan komputer anda dan/atau peranti mudah alih anda tanpa pengawasan semasa mengakses CIMB Clicks;
    • 5.2.5 memastikan orang lain tidak melihat anda memasukkan CRN, Pin Kad CIMB, Kata Laluan Perbankan Internet, SecureTACTM, TAC, Kod Laluan dan ID Pengguna CIMB Clicks apabila anda mengakses CIMB Clicks; dan
    • 5.2.6 memastikan anda log keluar dengan sewajarnya daripada CIMB Clicks apabila anda selesai menggunakannya.
  • 5.3 Anda bersetuju bahawa anda akan, pada setiap masa, bertanggungjawab terhadap semua akses dan/atau penggunaan CIMB Clicks yang dibuat melalui CRN, Pin Kad CIMB, Kata Laluan Perbankan Internet, SecureTACTM, TAC, Kod Laluan, ID Pengguna CIMB Clicks dan Pengesahan Biometrik anda sama ada sebenarnya dibuat oleh anda atau oleh mana-mana orang lain yang menyamar sebagai anda. Anda seterusnya membenarkan dan bersetuju bahawa CRN, Pin Kad CIMB, Kata Laluan Perbankan Internet, SecureTACTM, TAC, Kod Laluan dan/atau ID Pengguna CIMB Clicks anda akan berfungsi sebagai cara untuk menentusahkan identiti anda kepada CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank bagi tujuan transaksi yang dirancang di bawah CIMB Clicks. Dalam hal ini, anda memberi kuasa kepada CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank untuk menerima, mematuhi serta mengambil tindakan berdasarkan arahan anda apabila menentusahkan identiti anda melalui CRN, Pin Kad CIMB, Kata Laluan Perbankan Internet, SecureTACTM, TAC, Kod Laluan dan/atau ID Pengguna CIMB Clicks anda. CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank tidak akan bertanggungjawab apabila mengambil tindakan berdasarkan arahan tersebut dengan niat baik. Anda semata-mata bertanggungjawab terhadap keselamatan dan penjagaan komputer atau peranti mudah alih yang digunakan untuk menjana dan/atau menerima TAC atau SecureTACTM.
  • 5.4 Jika anda mendapati atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa CRN, Pin Kad CIMB, Kata Laluan Perbankan Internet, SecureTACTM, TAC, Kod Laluan dan ID Pengguna CIMB Clicks anda, komputer anda dan/atau peranti mudah alih anda telah terjejas dalam apa-apa cara (termasuk sebarang kehilangan, kecurian, pengambilalihan jauh (remote takeover) atau pemintasan TAC atau SecureTACTM dan/atau mana-mana peranti lain yang digunakan untuk menjana dan/atau menerima TAC atau SecureTACTM, termasuk peranti telekomunikasi mudah alih anda) dan/atau anda telah menerima apa-apa kenyataan, data atau maklumat yang sama ada menunjukkan bahawa transaksi tanpa kebenaran telah berlaku atau sebaliknya tidak dimaksudkan untuk anda, anda hendaklah dengan serta-merta memaklumkan CIMB Bank melalui telefon di Unit Resolusi Pelanggan yang dinyatakan dalam Fasal 14.1. Untuk mengelakkan keraguan, semua panggilan telefon yang dibuat ke Unit Resolusi Pelanggan CIMB Bank akan dicatat dan dirakamkan oleh CIMB Bank.
  • 5.5 Sehingga CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank berpuas hati bahawa (i) anda telah memenuhi kewajipan anda di bawah Fasal 5.1 hingga 5.4 di atas dan (ii) CRN, Pin Kad CIMB, Kata Laluan Perbankan Internet, SecureTACTM, TAC, Kod Laluan dan/atau ID Pengguna CIMB Clicks anda telah terjejas, anda akan terus bertanggungjawab terhadap semua transaksi yang berbangkit disebabkan penjejasan tersebut sehingga masa apabila pemberitahuan dibuat atau sepatutnya dibuat. Untuk mengelakkan keraguan, masa apabila pemberitahuan sepatutnya dibuat adalah dengan serta-merta apabila anda mendapati atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa CRN, Pin Kad CIMB, Kata Laluan Perbankan Internet, SecureTACTM, TAC, Kod Laluan dan/atau ID Pengguna CIMB Clicks anda telah terjejas dalam apa cara jua. Jika anda gagal memaklumkan Bank pada masa tersebut, anda hendaklah, di samping bertanggungjawab terhadap semua transaksi yang dilaksanakan sehingga masa tersebut, turut bertanggungjawab atas kerugian sebenar yang berlaku selepas masa tersebut, sehingga CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank menerima dan merekodkan pemberitahuan sebenar yang dibuat oleh anda, tertakluk kepada Fasal 5.8 di bawah.
  • 5.6 Apabila CIMB Bank menerima pemberitahuan anda yang dibuat selaras dengan Fasal 5.4 di atas, CIMB Bank boleh menggantung akses anda kepada CIMB Clicks sehingga CRN baharu disediakan dan/atau Pin Kad CIMB, Kata Laluan Perbankan Internet, TAC, SecureTACTM, Kod Laluan dan ID Pengguna CIMB Clicks (mengikut keadaan) dikeluarkan atau dipohon dan/atau percanggahan yang dilaporkan/tidak dilaporkan tersebut diselesaikan oleh CIMB Bank.
  • 5.7 Jika penggunaan tanpa kebenaran CRN, Pin Kad CIMB, Kata Laluan Perbankan Internet, SecureTACTM, TAC, Kod Laluan, ID Pengguna CIMB Clicks anda, komputer anda atau peranti mudah alih anda adalah disebabkan oleh tindakan anda sendiri atau sebarang penipuan, pendedahan atau penyalahgunaan yang disengajakan, anda bertanggungjawab terhadap penggunaan sedemikian meskipun jika anda membuat pemberitahuan selaras dengan Fasal 5.4 di atas.
  • 5.8 Jika anda telah menyumbang kepada kerugian yang berbangkit daripada transaksi tanpa kebenaran dengan melengahkan pemberitahuan di bawah Fasal 5.4 di atas, anda hendaklah, tertakluk kepada Fasal 5.7, bertanggungjawab terhadap kerugian sebenar yang berlaku dalam tempoh kelewatan tersebut, kecuali untuk:-
    • 5.8.1 bahagian kerugian yang ditanggung pada mana-mana satu hari yang melebihi had transaksi harian yang dikenakan terhadap Akaun yang berkenaan; atau
    • 5.8.2 bahagian jumlah kerugian yang ditanggung yang melebihi jumlah dana yang ada dalam Akaun anda.
  • 5.9 Anda bertanggungjawab untuk komputer, peranti mudah alih, anti-virus dan langkah keselamatan anda sendiri untuk mengelakkan akses tanpa kebenaran terhadap transaksi dan akaun anda melalui perkhidmatan yang disediakan oleh CIMB Clicks. Anda hendaklah mematuhi apa-apa peraturan keselamatan lain yang ditetapkan oleh kami sama ada yang dinyatakan di dalam Laman Web ini, di bawah mana-mana perjanjian lain dengan kami, atau yang sebaliknya dimaklumkan kepada anda oleh kami dengan apa cara jua.
  • 5.10 Dengan membolehkan Pengesahan Biometrik untuk mengakses Aplikasi CIMB Clicks sebagai ganti penggunaan ID Pengguna CIMB Clicks anda, anda bersetuju dan mengakui bahawa Data Biometrik yang didaftarkan pada peranti mudah alih anda akan digunakan untuk mengakses Aplikasi CIMB Clicks.
  • 5.11 Anda mengakui bahawa pengesahan dilakukan oleh Aplikasi CIMB Clicks melalui antara muka dengan modul Pengesahan Biometrik pada peranti mudah alih anda dan anda menyetujui proses pengesahan tersebut. Anda memahami bahawa modul Pengesahan Biometrik pada peranti mudah alih anda tidak disediakan oleh CIMB Bank dan CIMB Bank tidak membuat sebarang representasi atau waranti mengenai keselamatan fungsi Pengesahan Biometrik pada mana-mana peranti mudah alih dan sama ada ia berfungsi dalam cara yang dinyatakan oleh pengeluar peranti mudah alih tersebut.
  • 5.12 CIMB Bank tidak membuat representasi atau memberi waranti bahawa Pengesahan Biometrik boleh diakses pada setiap masa atau bahawa ia akan berfungsi dengan mana-mana peralatan elektronik, perisian, infrastruktur atau perkhidmatan perbankan elektronik lain yang mungkin ditawarkan oleh CIMB Bank dari semasa ke semasa.
  • 5.13 Anda dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu untuk melindungi peranti mudah alih anda dan tidak menyimpan sebarang Data Biometrik lain kecuali Data Biometrik anda sendiri pada peranti mudah alih anda. Anda memahami bahawa apabila Pengesahan Biometrik berjaya didaftarkan dan berfungsi pada Aplikasi CIMB Clicks, sebarang Data Biometrik yang disimpan pada peranti mudah alih anda boleh digunakan untuk mengakses Aplikasi CIMB Clicks anda dan boleh digunakan untuk membenarkan log masuk dan transaksi melalui Aplikasi CIMB Clicks dan Perkhidmatan Perbankan.
  • 5.14 Kecuali sejauh mana sebarang undang-undang melarang CIMB Bank daripada mengecualikan atau membataskan liabiliti kami, CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang ditanggung atau telah ditanggung oleh anda berkaitan dengan penggunaan atau percubaan untuk menggunakan log masuk Data Biometrik, arahan anda, atau apa-apa transaksi tanpa kebenaran melalui atau berkaitan dengan penggunaan Pengesahan Biometrik untuk mengakses Aplikasi CIMB Clicks dan Perkhidmatan Perbankan, akibat kegagalan anda untuk mematuhi kewajipan anda di bawah Terma-terma dan Syarat-syarat ini. Anda hendaklah menanggung rugi CIMB Bank terhadap semua kerugian dan kerosakan yang mungkin dialami atau ditanggung oleh CIMB Bank berkaitan dengan atau diakibatkan oleh apa-apa penggunaan tidak wajar terhadap Data Biometrik anda pada Aplikasi CIMB Clicks dan Perkhidmatan Perbankan kecuali setakat mana disebabkan oleh kecuaian melampau atau keingkaran yang disengajakan oleh CIMB Bank.
  • 5.15 Dengan mengaktifkan pengesahan SecureTACTM pada Aplikasi CIMB Clicks, anda bersetuju dan mengakui bahawa:
    • 5.15.1 SecureTACTM yang dipautkan dengan ID Pengguna CIMB Clicks dan Peranti Utama anda akan membolehkan anda melaksanakan Perkhidmatan Perbankan tertentu yang disediakan di CIMB Clicks; dan
    • 5.15.2 jenis Perkhidmatan Perbankan yang tertakluk kepada SecureTACTM akan ditentukan oleh CIMB Bank dan/atau selaras dengan sebarang undang-undang, peraturan-peraturan atau keperluan-keperluan pengawalseliaan yang berkuat kuasa.


    Makluman atau pemberitahuan berkenaan dengan apa-apa transaksi berjadual yang berjaya dan/atau gagal (tidak termasuk transaksi yang serta-merta gagal) yang disahkan oleh SecureTACTM akan dihantar kepada anda sama ada melalui SMS, pemberitahuan pacuan (push notification) melalui Perkhidmatan CIMB Messenger atau e-mel. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa apa-apa kod pengesahan transaksi (termasuk TAC, SecureTACTM, ID Pengguna CIMB Clicks, Kata Laluan CIMB Clicks, dan kod yang dijana pada mana-mana peranti mudah alih yang dipautkan/didaftarkan dengan SecureTACTM) dan makluman atau pemberitahuan tidak didedahkan atau diberikan kepada mana-mana pihak ketiga. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang perasaan malu, kerugian atau kerosakan yang berbangkit daripada pendedahan sebarang kod pengesahan transaksi atau makluman atau pemberitahuan kepada pihak ketiga. Makluman atau pemberitahuan tersebut boleh dihantar dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau bahasa lain sebagaimana yang ditentukan oleh CIMB Bank.

6. Arahan dan Pemberikuasaan

  • 6.1 Anda hendaklah, pada setiap masa, bertanggungjawab atas semua Arahan (termasuk tetapi tidak terhad kepada pengeluaran, pemindahan atau sebaliknya untuk berurusan dengan Akaun anda) yang dihantar kepada CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank melalui CRN, Pin Kad CIMB, Kata Laluan Perbankan Internet, SecureTACTM, TAC, Kod Laluan dan ID Pengguna CIMB Clicks anda tidak kiralah sama ada Arahan tersebut sebenarnya dibuat oleh anda atau oleh mana-mana orang lain yang menyamar sebagai anda. Anda bersetuju dan mengakui bahawa dengan syarat CIMB Bank telah menerima pemberitahuan daripada anda selaras dengan Fasal 5.4, CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank berhak untuk bergantung kepada dan menganggap semua Arahan yang dibuat, diserahkan atau dilaksanakan selaras dengan penggunaan CRN, Pin Kad CIMB, Kata Laluan Perbankan Internet, SecureTACTM, TAC, Kod Laluan dan ID Pengguna CIMB Clicks anda sebagai telah dibuat, diserahkan dan dilaksanakan oleh anda.
  • 6.2 Semua Arahan yang dihantar kepada dan/atau diterima oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank melalui CRN, Pin Kad CIMB, Kata Laluan Perbankan Internet, SecureTACTM, TAC, Kod Laluan dan ID Pengguna CIMB Clicks anda akan dianggap sebagai Arahan yang teratur dan sahih yang dibuat oleh anda. Untuk mengelakkan keraguan, CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank tidak mempunyai kewajipan untuk menentusahkan Arahan tersebut dengan anda untuk menentukan kesahihannya tetapi CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank boleh berbuat demikian untuk tujuannya sendiri.
  • 6.3 Tertakluk kepada Fasal 6.5, semua Arahan yang dihantar melalui CRN, Pin Kad CIMB, Kata Laluan Perbankan Internet, SecureTACTM, TAC, Kod Laluan dan ID Pengguna CIMB Clicks anda adalah tidak boleh batal dan mengikat anda apabila dihantar.
  • 6.4 Tertakluk kepada Fasal 6.5 di bawah, jika anda mendapati atau mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa Arahan yang dihantar kepada atau diterima oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank adalah tidak tepat atau lengkap, anda hendaklah memaklumkan Unit Resolusi Pelanggan yang dinyatakan dalam Fasal 14.1 dengan serta-merta melalui telefon. Untuk mengelakkan keraguan, semua panggilan telefon yang dibuat kepada Unit Resolusi Pelanggan akan dicatat dan direkodkan.
  • 6.5 CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank tidak mempunyai kewajipan untuk mengambil tindakan terhadap apa-apa permintaan untuk membatalkan, membalikkan atau meminda apa-apa Arahan untuk Pembayaran atau Pemindahan atau apa-apa Arahan lain selepas permintaan dihantar oleh anda kepada CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank. Walau bagaimanapun, CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank boleh membatalkan, membalikkan, atau meminda Arahan terdahulu jika permintaan anda untuk membatalkan, membalikkan atau memindanya diterima dan diambil tindakan sebelum Arahan terdahulu tersebut dilaksanakan. CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank boleh mengenakan caj terhadap anda untuk berbuat demikian.
  • 6.6 CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank berhak untuk enggan melaksanakan apa-apa Arahan yang diberikan oleh anda atas apa-apa sebab pun jua. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada, jika Arahan tersebut:
    • 6.6.1 melanggar mana-mana Terma-terma dan Syarat-syarat ini;
    • 6.6.2 melampaui had transaksi yang ditetapkan oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank dari semasa ke semasa; atau
    • 6.6.3 tidak konsisten dengan apa-apa dasar CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank dan peraturan lain yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
  • 6.7 Jika CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank memutuskan untuk mengambil tindakan dan/atau melaksanakan apa-apa Arahan atau sebaliknya mempunyai kewajipan untuk mengambil tindakan dan/atau melaksanakan apa-apa Arahan, CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank akan diberikan tempoh masa yang munasabah untuk mengambil tindakan berdasarkan dan melaksanakan apa-apa Arahan, dengan mengambil kira sistem dan operasi CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank dan apa-apa keadaan lain yang wujud pada masa itu.
  • 6.8 Jika apa-apa Arahan adalah tidak jelas dan/atau tidak konsisten dengan mana-mana Arahan lain, CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank berhak:
    • 6.8.1 bergantung kepada dan mengambil tindakan berdasarkan Arahan tersebut selaras dengan pentafsiran yang munasabah mengenai Arahan sedemikian yang dipercayai oleh mana-mana Pengawai dengan niat baik adalah pentafsiran yang tepat; atau
    • 6.8.2 enggan bertindak sehingga CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank menerima Arahan baharu dalam bentuk dan cara yang dikehendaki oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank.
  • 6.9 Apa-apa Arahan yang diterima daripada satu pemegang Akaun bagi Akaun bersama yang boleh dikendalikan dengan satu tandatangan yang diberi kuasa akan dianggap sebagai Arahan yang sahih dan teratur berkenaan dengan Akaun bersama tersebut. CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank boleh mengambil tindakan berdasarkan, bergantung kepada dan melaksanakan Arahan tersebut dan tidak akan dipertanggungjawabkan kepada pemegang-pemegang Akaun lain atau kepada mana-mana orang lain.
  • 6.10 Jika, sebelum CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank mengambil tindakan berdasarkan Arahan daripada mana-mana pemegang Akaun bagi Akaun bersama (seperti yang dirujuk dalam Fasal 6.9 di atas), CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank menerima Arahan yang bertentangan atau tidak konsisten daripada mana-mana pemegang Akaun lain, CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank selepas itu boleh (tetapi tidak berkewajipan untuk) mengambil tindakan hanya berdasarkan mandat semua pemegang Akaun berkaitan dengan Akaun tersebut meskipun jika mana-mana Arahan sedia ada yang relevan menyatakan sebaliknya.
  • 6.11 Semua Arahan yang diberikan dan transaksi yang dilaksanakan oleh anda pada mana-mana hari selepas masa yang ditetapkan oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank sebagai masa terakhir Arahan atau transaksi tersebut seharusnya dibuat atau dilaksanakan (seperti yang ditetapkan di www.cimb.com.my atau www.cimbclicks.com.my (yang mana berkenaan)) boleh dianggap oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank sebagai Arahan atau transaksi yang diberikan, dilaksanakan atau dibuat pada Hari Perniagaan berikutnya sebaik sahaja selepas hari tersebut.

7. CIMB Clicks

  • 7.1 Tertakluk kepada Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan mana-mana terma dan syarat lain berkenaan dengan Perkhidmatan Perbankan khusus, dan dengan syarat anda mempunyai dan memegang Akaun-akaun relevan berkaitan dengan transaksi yang dibuat melalui CIMB Clicks, CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank menawarkan Perkhidmatan Perbankan berikut kepada anda (yang mana berkenaan):-
    • 7.1.1 Maklumat Akaun;
    • 7.1.2 Pemindahan;
    • 7.1.3 Pembayaran;
    • 7.1.4 Tambah Nilai Prabayar;
    • 7.1.5 Tawaran Awam Permulaan Elektronik ("eIPO")
    • 7.1.6 Pemesejan Selamat (Secure Messaging);
    • 7.1.7 Permohonan Pinjaman;
    • 7.1.8 eDeposit Tetap;
    • 7.1.9 eKiriman Wang;
    • 7.1.10 Langganan ASNB;
    • 7.1.11 Transaksi Akaun Tabung Haji;
    • 7.1.12 Permohonan Pinjaman dan Pembiayaan;
    • 7.1.13 Perkhidmatan Pelaburan;
    • 7.1.14 KWSP;
    • 7.1.15 Perkhidmatan Berkaitan Paynet (IBFT, DuitNow, Jompay, IBG. FPX);
    • 7.1.16 Transaksi Berjadual;
    • 7.1.17 Pembelian Mata Wang Asing (Mata wang perjalanan);
    • 7.1.18 Goals & Savings*; dan
    • 7.1.19 mana-mana Perkhidmatan Perbankan baharu lain yang mungkin ditawarkan oleh CIMB Bank, CIMB Islamic Bank atau anak syarikat, ahli gabungan atau pihak ketiga lain dari semasa ke semasa.
    *Pengguna bertanggungjawab untuk memantau hasil "Goals" di bawah "Goals & Savings" dan memaklumkan kepada CIMB Bank sekiranya berlaku ketidatepatan supaya CIMB Bank mendapat peluang yang munasabah untuk membetulkannya. "Goals" yang diciptakan akan dinyahaktifkan secara automatic sekiranya sumbangan automatik bulanan tidak berjaya untuk jumlah bulan berturut-turut yang ditentukan oleh CIMB Bank dan dimaklumkan di laman web CIMB Clicks. Sekiranya sasaran "Goals" anda tidak tercapai pada tarikh akhir yang ditentukan, Bank CIMB berhad untuk menyahaktifkan "Goals" anda.

    Dengan menggunakan Perkhidmatan Perbankan dan/atau apa-apa Perkhidmatan Perbankan baharu apabila tersedia, anda bersetuju untuk terikat oleh (i) Terma-terma dan Syarat-syarat ini; (ii) apa-apa pengemaskinian pada Terma-terma dan Syarat-syarat ini berhubung dengan Perkhidmatan Perbankan dan Perkhidmatan Perbankan baharu; (iii) terma-terma dan syarat-syarat yang berkuat kuasa yang mengawal Perkhidmatan Perbankan baharu dan (iv) terma-terma dan syarat-syarat yang dikenakan oleh mana-mana pihak ketiga lain yang menyediakan Perkhidmatan Perbankan (setakat mana yang berkenaan).
  • 7.2 Anda bersetuju dan mengakui bahawa CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank mempunyai hak dan budi bicara, setelah memberikan notis terdahulu yang mencukupi dan sesuai dalam keadaan tersebut kepada anda, untuk mengehadkan, membatalkan atau menggantung, secara keseluruhan atau sebahagian, pada bila-bila masa, sebarang atau semua Perkhidmatan Perbankan (i) tanpa memberikan apa-apa sebab atau penjelasan untuknya dan (ii) tanpa menanggung apa-apa liabiliti pun jua kepada anda kerana berbuat demikian. Bank tidak akan memberikan notis terdahulu kepada anda jika pemberian notis terdahulu tidak sesuai dilaksanakan disebabkan keperluan untuk mencegah apa-apa transaksi tanpa kebenaran, penipuan, penyalahgunaan, tindakan jenayah, kesalahan atau pelanggaran mana-mana undang-undang atau peraturan yang CIMB Bank dan/atau CIMB Islamic Bank mengetahui atau mempunyai alasan untuk mempercayai telah atau akan dilakukan. CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank juga boleh menambah, menarik balik ataupun mengubah jenis transaksi yang disediakan atau boleh dilaksanakan melalui Perkhidmatan Perbankan ini dengan memberikan notis terdahulu yang mencukupi dan sesuai dalam keadaan tersebut kepada anda.

8. Maklumat Akaun

  • 8.1 Anda bersetuju dan mengakui bahawa apa-apa maklumat berkaitan dengan Akaun-akaun anda sebagaimana yang dilaporkan melalui CIMB Clicks tidak semestinya mencerminkan atau menunjukkan transaksi yang masih belum diproses dan dikemas kini dan oleh itu, tidak seharusnya dianggap sebagai maklumat konklusif mengenai baki Akaun dan sejarah transaksi anda dengan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank.

9. Pemindahan Dan Pembayaran (Termasuk pemindahan dana, pembayaran bil, JomPAY, DuitNow, eIPO dan tambah nilai prabayar)

  • 9.1 Anda bersetuju dan mengakui bahawa Pemindahan dan Pembayaran belum lagi muktamad apabila Arahan anda diterima.
  • 9.2 CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank boleh (tetapi tidak berkewajipan untuk) meminta penentusahan dan/atau maklumat tambahan sebelum melaksanakan apa-apa Pemindahan, Pembayaran atau Arahan.
  • 9.3 Anda mengakui bahawa CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank boleh menetapkan had terhadap (i) bilangan transaksi Pemindahan dan Pembayaran yang boleh dibuat oleh anda dan/atau (ii) bilangan Arahan dan jumlah yang ingin dipindahkan atau dibayar di bawah Arahan. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa Arahan anda akan terus berkuat kuasa untuk melindungi Bank berkenaan dengan Pemindahan dan Pembayaran yang dibuat dengan niat baik meskipun jika anda meninggal dunia atau menjadi bankrap atau Arahan anda dibatalkan melalui sebarang cara lain.
  • 9.4 CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank akan berusaha untuk melaksanakan apa-apa Pemindahan dan/atau Pembayaran dengan segera selaras dengan Arahan anda, dengan syarat sentiasa bahawa Pembayaran dan/atau Pemindahan dibuat pada Hari Perniagaan, tidak kiralah sama ada Pemindahan dan/atau Pembayaran tersebut dibuat dalam talian, dalam masa nyata atau dijadualkan sebagai Pemindahan dan/atau Pembayaran yang berulang.
  • 9.5 Jika anda tidak mempunyai dana yang mencukupi di dalam akaun bank anda atau had kredit anda tidak mencukupi untuk transaksi, anda mengakui bahawa CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank boleh menolak transaksi dan/atau Arahan dan penolakan tersebut tidak akan menjejaskan Pemindahan atau Pembayaran bagi tarikh pembayaran yang berkenaan. Anda dikehendaki membuat perkiraan lain untuk melaksanakan Pemindahan atau Pembayaran tersebut. Pembayaran lanjut hanya akan dibuat pada tarikh pembayaran berikutnya jika Arahan anda adalah untuk pemindahan dana dan debit automatik.
  • 9.6 Anda boleh membatalkan Arahan anda atau Arahan untuk Pemindahan atau Pembayaran jika Arahan tersebut atau Arahan untuk Pemindahan atau Pembayaran belum diproses atau dilaksanakan. Apa-apa Pemindahan atau Pembayaran yang belum diproses akan dibatalkan pada Hari Perniagaan apabila permintaan anda untuk pembatalan diterima. Jika anda menutup apa-apa Akaun yang berkaitan dengan sebarang Pemindahan atau Pembayaran, apa-apa Pemindahan atau Pembayaran yang belum diproses yang dijadualkan daripada Akaun tersebut atau yang akan dibayar ke dalam Akaun tersebut juga akan dibatalkan pada hari Akaun tersebut ditutup.
  • 9.7 Berkaitan dengan eIPO, anda hendaklah bergantung kepada penilaian anda sendiri untuk menilai merit, risiko dan keperluan pematuhan berkaitan dengan saham tersebut. Jika anda merasa ragu-ragu tentang tindakan yang patut anda ambil berkaitan dengan saham tersebut, anda hendaklah berunding dengan penasihat profesional anda dengan segera.
  • 9.8 Pemberitahuan tentang sama ada transaksi Pemindahan dan/atau Pembayaran berjaya atau gagal dilaksanakan akan dihantar kepada anda melalui perkhidmatan pesanan ringkas ("SMS") atau pemberitahuan pacuan (push notification) melalui Perkhidmatan CIMB Messenger. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa notis tersebut tidak didedahkan kepada atau diberi akses kepada mana-mana pihak lain (pendedahan kepada pihak ketiga). CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang perasaan malu, kerugian atau kerosakan berbangkit daripada pendedahan kepada pihak ketiga tersebut atau disebabkan kegagalan anda untuk mematuhi kewajipan anda di bawah Terma-terma dan Syarat-syarat ini. Pemberitahuan tersebut boleh dihantar dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau bahasa yang lain ditentukan oleh CIMB Bank.
  • 9.9 Jika anda mengaktifkan kefungsian Pengesahan Biometrik di dalam Aplikasi CIMB Clicks, anda boleh melaksanakan Pemindahan dan Pembayaran tertentu dalam Aplikasi CIMB Clicks sehingga suatu jumlah yang ditentukan oleh CIMB Bank.

10. Pemesejan Selamat

  • 10.1 Anda bersetuju dan mengakui bahawa anda akan menggunakan Perkhidmatan Pemesejan Selamat untuk menghantar mesej berkaitan dengan Akaun anda, CIMB Clicks dan Perkhidmatan Perbankan yang ditawarkan di dalam CIMB Clicks dan tidak akan menggunakannya untuk apa-apa tujuan lain. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada penghantaran spam atau mesej berantai atau sebarang jenis mesej tanpa diminta yang tidak berkaitan dengan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank, Akaun-akaun anda atau CIMB Clicks.
  • 10.2 Anda bersetuju dan mengakui bahawa CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank boleh menetapkan had terhadap bilangan mesej yang boleh dihantar, diterima atau disimpan oleh anda dalam atau melalui Perkhidmatan Pemesejan Selamat pada bila-bila masa.
  • 10.3 Anda selanjutnya bersetuju dan mengakui bahawa anda tidak akan menghantar mesej yang lucah, mengugut, memfitnah atau yang memudaratkan sistem CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank dalam apa cara jua.
  • 10.4 Anda bersetuju dan mengakui bahawa apa-apa data, maklumat atau Arahan yang disampaikan atau dihantar oleh anda melalui Perkhidmatan Pemesejan Selamat akan, kecuali anda dengan jelas menyatakan sebaliknya, dianggap sebagai benar, tepat dan lengkap. CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank berhak untuk bergantung kepada dan jika perlu, akan mengambil tindakan terhadap apa-apa data, maklumat atau Arahan tersebut.

11. Fi dan Caj

  • 11.1 Anda hendaklah membayar apa-apa fi, komisyen dan caj ("Fi dan Caj"), semua levi dan cukai termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan dan apa-apa penalti yang perlu dibayar di bawah levi dan cukai tersebut ("Cukai") berkenaan dengan Perkhidmatan Perbankan di bawah atau sebaliknya berkaitan dengan Akaun anda. Anda hendaklah membayar kepada CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank semua fi, komisyen dan apa-apa caj lain yang berkenaan pada apa-apa kadar dan menurut apa-apa cara yang mungkin dikenakan dan/atau ditetapkan oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank dari semasa ke semasa berkenaan dengan CIMB Clicks dan/atau apa-apa Perkhidmatan Perbankan yang disediakan di bawahnya.
  • 11.2 CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank boleh memaklumkan kepada anda tentang:-
    • 11.2.1 apa-apa Fi dan Caj dan/atau apa-apa perubahan pada Fi dan Caj tersebut dengan memberikan notis bertulis terdahulu selama tiga puluh (30) hari atau dalam apa-apa cara yang dianggap sesuai oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank; dan
    • 11.2.2 apa-apa Cukai menurut apa-apa cara yang dianggap sesuai oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank. Jika anda tidak bersetuju dengan pengenaan Fi dan Caj atau Cukai dan/atau perubahan pada Fi dan Caj atau Cukai tersebut, anda hendaklah berhenti menggunakan CIMB Clicks atau Perkhidmatan Perbankan khusus berkaitan dengan Fi dan Caj atau Cukai tersebut. Jika anda terus menggunakan dan mengakses CIMB Clicks atau Perkhidmatan Perbankan khusus berkaitan dengan Fi dan Caj, Cukai dan/atau perubahan tersebut, anda akan dianggap bersetuju dan menerimanya dalam cara yang mengikat anda.
  • 11.3 CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank berhak untuk mendebit Akaun anda yang berkenaan untuk membayar apa-apa Fi dan Caj atau Cukai dan/atau penalti yang dikenakan selaras dengan Perjanjian ini termasuk apa-apa cukai Kerajaan, duti setem atau Cukai yang perlu dibayar akibat pengunaan CIMB Clicks dan Perkhidmatan Perbankan yang disediakan di dalamnya.
  • 11.4 Semua Fi dan Caj, Cukai dan duti, termasuk tetapi tidak terhad kepada caj telefon dan telekomunikasi berkaitan dengan akses dan sambungan anda kepada CIMB Clicks (termasuk apa-apa fi dan caj yang dikenakan oleh mana-mana penyedia perkhidmatan rangkaian) hendaklah ditanggung semata-mata oleh anda, dan CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank tidak akan bertanggungjawab untuk Fi dan Caj, Cukai dan duti tersebut.

12. Pendedahan Maklumat

  • 12.1 Tertakluk kepada Fasal 12.2 di bawah, anda memberikan kebenaran anda dan memberi kuasa kepada CIMB Bank dan atau CIMB Islamic Bank untuk mendedahkan sebarang dan semua butir-butir dan maklumat berkaitan dengan anda, Akaun anda atau apa-apa transaksi atau urusan antara anda dan CIMB Bank dan atau CIMB Islamic Bank kepada:-
    • 12.1.1 entiti yang diperbadankan atau ditubuhkan di dalam atau di luar Malaysia yang dirangkum dalam kumpulan korporat CIMB Group Holdings Berhad, syarikat induk muktamad CIMB Bank ("Syarikat-syarikat Kumpulan");
    • 12.1.2 ahli gabungannya;
    • 12.1.3 rakan perniagaannya;
    • 12.1.4 mana-mana orang atau organisasi lain (termasuk agen, penyedia perkhidmatan, juruaudit, peguam dan penasihat profesionalnya di dalam atau di luar Malaysia dan mana-mana bakal penerima pindahan atau pemegang serah hak yang sedang berunding dengan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank untuk pemindahan, penyerahhakan dan novasi hak atau kewajipan di bawah atau dengan merujuk kepada Perjanjian ini);
    • 12.1.5 mana-mana pihak berkuasa, termasuk tetapi tidak terhad kepada Bank Negara Malaysia, Biro Kredit yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa statutori atau kerajaan lain yang CIMB Bank dan atau CIMB Islamic Bank dikehendaki membuat pendedahan kepadanya atau yang mempunyai bidang kuasa terhadap CIMB Bank dan atau CIMB Islamic Bank ("pihak berkuasa yang berkenaan"),

      (mengikut keadaan) sejauh mana yang perlu:-
      • (i) untuk menyempurnakan, mengesahkan atau menyekat Arahan anda dan/atau melaksanakan Pemindahan atau Pembayaran;
      • (ii) untuk mematuhi undang-undang, peraturan-peraturan, agensi-agensi dan pihak-pihak berkuasa kerajaan di Malaysia dan di tempat lain, termasuk perintah mahkamah dan permintaan daripada agensi dan pihak berkuasa kerajaan tersebut;
      • (iii) untuk menentusahkan kewujudan dan keadaan Akaun-akaun anda untuk pihak ketiga seperti biro kredit atau pedagang;
      • (iv) untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan Akaun-akaun anda atau untuk menawarkan kemudahan, produk dan perkhidmatan lain kecuali jika anda memaklumkan kami sebaliknya;
      • (v) berkenaan dengan apa-apa pemeriksaan oleh pihak berkuasa perbankan atau untuk menyiasat aduan;
      • (vi) anda meminta atau memberi kuasa kepada CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank untuk berbuat demikian, sama ada secara bertulis atau sebaliknya;
      • (vii) untuk melindungi dan mempertahankan CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank dan hartanya;
      • (viii) untuk melindungi kepentingan orang ramai, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengesanan jenayah dan penangkapan penjenayah; dan
      • (ix) untuk memudahkan perniagaan, operasi, kemudahan dan perkhidmatan oleh atau yang diberikan atau disediakan oleh CIMB Bank, CIMB Islamic Bank dan/atau Syarikat-syarikat Kumpulan kepada pelanggan mereka.
  • 12.2 CIMB Bank dan atau CIMB Islamic Bank juga mungkin mendedahkan kepada Syarikat-syarikat Kumpulannya bagi tujuan penjualan silang dan tujuan lain oleh CIMB Bank, CIMB Islamic Bank dan/atau Syarikat-syarikat Kumpulan, dengan syarat sentiasa bahawa pendedahan bagi tujuan penjualan silang tidak akan dilakukan jika anda membantah pendedahan tersebut dengan menghubungi CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank di nombor telefon atau alamat berikut (yang boleh diubah oleh CIMB Bank dari semasa ke semasa dengan memberikan notis kepada anda): Unit Resolusi Pelanggan (CRU). P.O. Box 10338, GPO Kuala Lumpur, 50710 Wilayah Persekutuan. Tel: +603 6204 7788. E-mel: cru@cimb.com.

    Jika CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank berniat untuk berkongsi maklumat anda (tidak termasuk maklumat berkenaan dengan urusan atau akaun anda) dengan pihak ketiga, contohnya perikatan strategik bagi tujuan pemasaran dan promosi, CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank akan memastikan bahawa kebenaran nyata telah diperolehi daripada anda.
  • 12.3 Anda (i) memberi kuasa kepada CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank untuk mendapatkan apa-apa maklumat daripada mana-mana orang, organisasi, pihak berkuasa, syarikat, badan yang diperbadankan atau tak diperbadankan atau mana-mana entiti yang dianggap wajar oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank dengan niat baik berkenaan dengan Akaun-akaun anda atau Perkhidmatan Perbankan dan (ii) membenarkan orang tersebut mendedahkan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank.
  • 12.4 Bagi tujuan perkhidmatan atau transaksi JomPAY, DuitNow dan DuitNow QR, anda mengakui dan bersetuju bahawa apa-apa maklumat berkaitan dengan anda, urusan anda, akaun anda, dan butir-butir berkaitan dengan transaksi JomPAY, DuitNow dan DuitNow QR dan/atau Arahan anda berkaitan dengan JomPAY dan/atau DuitNow dan/atau DuitNow QR mungkin (i) didedahkan kepada Paynet untuk diproses, disimpan dan diarkib dan (ii) didedahkan kepada ahli gabungan dan penyedia perkhidmatan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank dan peserta JomPAY, DuitNow dan DuitNow QR yang turut serta dan pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan JomPAY, DuitNow dan DuitNow QR dan pelanggan mereka masing-masing.
  • 12.5 Dengan menyerahkan apa-apa permohonan atau Arahan kepada CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank atau dengan terus menggunakan Akaun atau CIMB Clicks, anda dianggap sebagai telah memberikan pemberikuasaan dan keizinan anda kepada CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank untuk pendedahan tersebut selaras dengan terma-terma Perjanjian ini.
  • 12.6 Walaupun CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank akan berusaha untuk memastikan keselamatan maklumat anda yang dihantar melalui CIMB Clicks, anda bersetuju dan mengakui bahawa CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank tidak membuat apa-apa waranti mengenainya dan anda dengan ini secara nyata menerima risiko berkaitan dengan penggunaan CIMB Clicks, termasuk tetapi tidak terhad kepada risiko bahawa semua maklumat yang dihantar melalui CIMB Clicks mungkin boleh diakses oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan.

13. Tanggungjawab Dan Akujanji Anda

  • 13.1 Anda hendaklah, pada setiap masa, bertanggungjawab untuk mendapatkan dan menggunakan pelayar internet, mana-mana perkakasan dan/atau perisian lain yang diperlukan (termasuk apa-apa versi pelayar internet, perkakasan dan/atau perisian yang baharu dan terkini), yang diperlukan untuk mengakses CIMB Clicks dengan risiko dan perbelanjaan ditanggung sendiri oleh anda.
  • 13.2 Anda bertanggungjawab untuk mengekalkan apa-apa akaun anda dengan penyedia perkhidmatan rangkaian untuk anda mengakses CIMB Clicks dan anda dengan nyata bersetuju, mengakui dan memahami bahawa akses tersebut, setakat itu, adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat penyedia perkhidmatan rangkaian anda.
  • 13.3 Anda bersetuju untuk mematuhi semua langkah-langkah keselamatan berkaitan dengan Akaun-akaun anda dan akses kepada dan penggunaan CIMB Clicks seperti yang ditetapkan di dalam Perjanjian ini dan apa-apa peraturan, dasar atau garis panduan lain yang berkuat kuasa berkenaan dengan CIMB Clicks.
  • 13.4 Anda hendaklah memberikan data, maklumat dan Arahan yang lengkap, tepat dan kena pada masanya kepada CIMB atau CIMB Islamic Bank berkaitan atau berhubung dengan apa-apa transaksi dan pelaksanaan apa-apa transaksi yang dibuat melalui CIMB Clicks.
  • 13.5 Anda tidak boleh mengganggu akses kepada dan penggunaan CIMB Clicks atau Perkhidmatan Perbankan oleh pelanggan lain dan anda tidak boleh menggunakan CIMB Clicks bagi tujuan lain selain daripada untuk melaksanakan transaksi yang dibenarkan berkaitan dengan Akaun-akaun anda. Anda tidak boleh menggodam, cuba untuk menggodam atau mendapatkan akses tanpa kebenaran, sama ada secara langsung atau tidak langsung, kepada CIMB Clicks, mana-mana akaun pelanggan lain dan/atau Perkhidmatan Perbankan pelanggan lain, bagi apa-apa tujuan.
  • 13.6 Anda hendaklah mematuhi semua tata susila dan adab tertib yang munasabah dalam komunikasi anda dengan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank dan tidak boleh menyampaikan apa-apa maklumat yang lucah atau menfitnah kepada CIMB Bank sama ada melalui CIMB Clicks atau sebaliknya.
  • 13.7 Anda hendaklah memastikan anda mempunyai maklumat terkini dan dikemaskinikan mengenai dasar dan amalan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank yang berkenaan dan berkuat kuasa, dan terma-terma lain yang dikenakan terhadap Akaun-akaun anda, Perkhidmatan Perbankan dan CIMB Clicks yang disediakan oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank kepada anda.
  • 13.8 Anda tidak boleh memasang atau menggunakan CIMB Clicks pada peranti mudah alih, perkakasan atau perisian yang 'jail-broken' atau 'rooted'. Pengubahsuaian yang tidak dibenarkan terhadap apa-apa sistem operasi mana-mana peranti mudah alih ("jail-breaking' atau 'rooting'") memintasi ciri-ciri keselamatan dan boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada mana-mana peranti yang digodam. CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank memberi amaran yang keras terhadap pemasangan CIMB Clicks dalam mana-mana peranti mudah alih yang digodam kerana peranti mudah alih tersebut mudah terjejas oleh serangan penipuan dan boleh mendedahkan Akaun anda kepada penggunaan oleh orang lain yang tidak dibenarkan dan/atau menyebabkan CIMB Clicks dan Perkhidmatan Perbankan diakses dan/atau digunakan tanpa kebenaran oleh mana-mana orang, sama ada dilaksanakan secara jarak jauh atau sebaliknya. Anda hendaklah menanggung rugi dan memastikan CIMB Bank tidak dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa Kerugian berbangkit daripada penggunaan CIMB Clicks dan/atau Perkhidmatan Perbankan oleh anda pada mana-mana peranti mudah alih, perkakasan atau perisian yang 'jail-broken' atau 'rooted', termasuk jika Kerugian tersebut disebabkan oleh apa-apa kerosakan atau pencemaran terhadap atau kegagalan CIMB Clicks atau Perkhidmatan Perbankan disebabkan anda menggunakannya pada peranti mudah alih, perkakasan atau perisian yang 'jail-broken' atau 'rooted'.
  • 13.9 Anda hendaklah berusaha sedaya upaya untuk mengamalkan sikap berjaga-jaga, ketekunan dan langkah berwaspada untuk mencegah kehilangan peranti mudah alih anda, kecurian peranti mudah alih anda atau penggunaan peranti mudah alih anda dalam cara yang menipu dan untuk mengelakkan TAC pada SMS atau SecureTACTM yang dihantar kepada anda didedahkan kepada mana-mana orang. Anda bersetuju untuk mematuhi semua langkah yang munasabah untuk memaklumkan Unit Resolusi Pelanggan CIMB Bank dengan segera tentang apa-apa perubahan pada nombor telefon berdaftar anda, sekiranya berlaku kecurian atau kehilangan peranti mudah alih anda dan/atau pendedahan TAC pada SMS atau SecureTACTM yang dihantar kepada anda, kepada mana-mana orang. Anda hendaklah menanggung rugi dan memastikan CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank tidak dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa liabiliti untuk kerugian, kerosakan, kos dan perbelanjaan (undang-undang atau sebaliknya) yang berbangkit daripada pelanggaran tanggungjawab tersebut.

14. Pelaporan Kesilapan Dan Pertanyaan

  • 14.1 Jika anda ingin melaporkan apa-apa kesilapan atau membuat sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan dengan CIMB Clicks, anda boleh menulis, menghantar e-mel atau menelefon Unit Resolusi Pelanggan CIMB Bank di alamat dan nombor hubungan berikut:
    Unit Resolusi Pelanggan
    P.O. Box 10338
    GPO Kuala Lumpur
    50710 Wilayah Persekutuan

    Tel: +603 6204 7788
    E-mel: cru@cimb.com
    Semua panggilan telefon yang dibuat kepada Unit Resolusi Pelanggan CIMB Bank akan dicatat dan direkodkan oleh CIMB Bank.
  • 14.2 Tertakluk kepada Fasal 14.3, anda mungkin dikehendaki untuk mendedahkan kepada CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank semua maklumat yang berkenaan berkaitan dengan sebarang laporan, pertanyaan atau aduan untuk penentusahan dan pengesahan lanjut, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
    • 14.2.1 nama anda;
    • 14.2.2 nombor-nombor Akaun yang berkenaan;
    • 14.2.3 huraian tentang kesilapan, pertanyaan atau aduan tersebut;
    • 14.2.4 tarikh transaksi yang dipertikaikan atau kesilapan tersebut;
    • 14.2.5 tangkap skrin (screenshot) terhadap transaksi atau kesilapan tersebut;
    • 14.2.6 penjelasan mengenai sebab-sebab mengapa anda mempercayai kesilapan telah berlaku;
    • 14.2.7 mengapa anda memerlukan maklumat lanjut; dan
    • 14.2.8 jumlah yang terlibat dalam kesilapan yang disyaki, transaksi yang dipertikaikan, pertanyaan atau aduan (yang mana berkenaan).
    Meskipun perkara di atas, anda tidak boleh, pada bila-bila masa dan dalam apa jua keadaan, mendedahkan Kata Laluan Perbankan Internet, SecureTACTM, TAC, ID Pengguna CIMB Clicks, Kod Laluan, CRN dan Pin Kad CIMB anda kepada mana-mana kakitangan atau wakil CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank atau mana-mana pihak ketiga lain.
  • 14.3 Jika mana-mana komunikasi melibatkan maklumat sensitif atau sulit anda, sama ada berkaitan dengan Akaun-akaun anda atau sebarang transaksi yang dibuat berkaitan dengan Akaun-akaun anda atau sebaliknya, CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank tidak menggalakkan maklumat tersebut dihantar melalui e-mel ("e-mel") (yang bukan Perkhidmatan Pemesejan Selamat) dan anda bersetuju dan mengakui bahawa jika anda menggunakan cara komunikasi sedemikian untuk menghantar maklumat tersebut, anda akan menanggung semua risiko yang wujud berkaitan dengan cara komunikasi sedemikian dan tidak boleh, pada bila-bila masa, mempertanggungjawabkan CIMB Bank atas keselamatan maklumat tersebut atau apa-apa Kerugian yang dialami berkaitan dengan cara komunikasi tersebut.
  • 14.4 Jika CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank meminta anda membuat laporan, aduan atau pertanyaan anda secara bertulis kepada CIMB Bank, anda hendaklah berbuat demikian dalam tempoh lima (5) Hari Perniagaan dari tarikh permintaan tersebut. Jika laporan, aduan atau pertanyaan bertulis tidak diterima oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank dalam tempoh tersebut, CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank tidak mempunyai apa-apa kewajipan untuk menjalankan sebarang penyiasatan dan menjawab sebarang pertanyaan atau aduan tersebut.
  • 14.5 Tertakluk kepada Fasal 14.6, CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank akan berusaha untuk menyiasat aduan, menjawab pertanyaan atau memaklumkan kepada anda tentang keputusan penyiasatannya:
    • 14.5.1 secepat yang mungkin (paling lewat dalam masa sepuluh (10) Hari Perniagaan dari tarikh penerimaan laporan, pertanyaan atau aduan tersebut); atau
    • 14.5.2 jika laporan, pertanyaan atau aduan bertulis berikutnya diminta oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank selaras dengan Fasal 14.4, dalam tempoh sepuluh (10) Hari Perniagaan dari tarikh penerimaan laporan, pertanyaan atau aduan bertulis berikutnya.
  • 14.6 Jika CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank memerlukan lebih banyak masa untuk menjalankan penyiasatannya, CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank akan melanjutkan tempoh yang dinyatakan dalam Fasal 14.5 di atas kepada:
    • 14.6.1 apa-apa tempoh yang munasabah yang dianggap perlu oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank, yang setakat yang munasabah tidak akan melebihi tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan laporan, pertanyaan atau aduan tersebut; atau
    • 14.6.2 jika laporan, pertanyaan atau aduan bertulis berikutnya diminta oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank selaras dengan Fasal 14.4, dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan laporan, pertanyaan atau aduan bertulis berikutnya.
  • 14.7 Anda hendaklah dengan sedaya upaya bekerjasama dan membantu CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank untuk menjalankan penyiasatannya, termasuk membenarkan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank dan pasukan penyiasatannya masing-masing untuk mengakses komputer dan/atau peranti mudah alih yang digunakan untuk transaksi yang dipertikaikan dalam tempoh lima (5) Hari Perniagaan dari tarikh anda melaporkan pertanyaan atau aduan anda kepada Unit Resolusi Pelanggan CIMB Bank seperti yang dinyatakan dalam Fasal 14.1.
  • 14.8 Tertakluk kepada peruntukan Perjanjian ini, apabila selesai penyiasatan, CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank akan mengambil usaha yang munasabah untuk membetulkan apa-apa kesilapan dengan serta-merta dan untuk membuat pelarasan yang perlu pada Akaun-akaun anda. Selepas pembetulan dan pelarasan tersebut, CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank akan memaklumkan anda tentangnya.
  • 14.9 Walau apa pun, CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank akan memaklumkan anda tentang keputusan penyiasatan dalam tempoh sepuluh (10) Hari Perniagaan selepas selesai penyiasatan CIMB Bank dalam Fasal 14.5 atau 14.6 (yang mana berkenaan).
  • 14.10 CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank akan mematuhi prosedur keselamatan yang ketat dan menggunakan teknologi yang canggih untuk melindungi maklumat dan transaksi pelanggannya daripada akses tanpa kebenaran, pendedahan, pengubahan dan/atau penyalahgunaan. Tertakluk kepada Fasal 17, CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank, (yang mana berkenaan) akan membuat pembayaran balik sepenuhnya kepada anda jika anda mengalami sebarang kerugian kewangan akibat apa-apa kehilangan secara langsung daripada Akaun anda berbangkit daripada penggunaan CIMB Clicks dan Perkhidmatan Perbankan oleh anda, dengan syarat kerugian tersebut disebabkan oleh kerosakan sistem CIMB Bank. Kerosakan tersebut adalah tertakluk kepada pengesahan oleh Jabatan Perbankan Digital CIMB Bank.
  • 14.11 Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan penyiasatan atau keputusan terhadap aduan anda, anda boleh merayu terhadap keputusan tersebut:-
    • 14.11.1 kepada pengurusan kanan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank secara bertulis ke alamat yang dinyatakan dalam Fasal 14.1 di atas; atau
    • 14.11.2 dengan merujuk aduan tersebut kepada Ombudsman Kewangan di bawah Skim Ombudsman Kewangan.

15. Penyata, Pengesahan Dan Makluman

  • 15.1 Jika CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank menghantar atau menyerahkan kepada anda suatu penyata, pengesahan atau makluman, anda hendaklah menentusahkan setiap dan semua penyata, pengesahan atau makluman sedemikian dan hendaklah memberikan notis bertulis kepada CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank tentang apa-apa kesilapan atau ketinggalan dalam mana-mana penyata, pengesahan atau makluman sedemikian dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh penyata, pengesahan atau makluman tersebut selaras dengan Fasal 14 di atas. Jika CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank tidak menerima notis sedemikian dalam tempoh empat belas (14) hari, penyata, pengesahan dan makluman tersebut akan dianggap sebagai benar, betul dan tepat berkaitan dengan semua transaksi dan jumlah yang dinyatakan di dalamnya terhadap anda dan akan menjadi bukti konklusif mengenai transaksi tersebut dan liabiliti anda kepada CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank.

16. Pengemaskinian Butir-butir Pelanggan

  • 16.1 Anda hendaklah dengan segera memaklumkan CIMB Bank secara bertulis atau melalui apa-apa cara lain yang boleh diterima oleh CIMB Bank, tentang apa-apa perubahan atau variasi pada butir-butir peribadi anda. CIMB Bank berhak untuk mengandaikan bahawa tiada perubahan atau variasi yang berlaku sehingga CIMB Bank menerima notis tentang perubahan atau variasi tersebut daripada anda. Pemberian butir-butir tersebut semasa proses pendaftaran di CIMB Clicks tidak akan dianggap sebagai pengemaskinian butir-butir peribadi anda secara automatik.

17. Pengecualian Liabiliti

  • 17.1 CIMB Bank akan mengambil semua usaha yang munasabah untuk memastikan operasi dan penyediaan CIMB Clicks dan Perkhidmatan Perbankan. Walau bagaimanapun, anda bersetuju dan mengakui bahawa CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank tidak membuat apa-apa waranti atau representasi tidak kira jenisnya (sama ada nyata atau tersirat) berkenaan dengan CIMB Clicks dan Perkhidmatan Perbankan yang disediakan dan/atau sebarang maklumat, kandungan, bahan, produk (termasuk perisian) atau perkhidmatan lain yang dirangkum dalam atau sebaliknya disediakan kepada anda melalui Internet atau mana-mana perantara elektronik lain yang diluluskan oleh CIMB Bank. Tertakluk kepada Fasal 6.8 dan Fasal 17.5, CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa Kerugian sama ada berbangkit dalam tort, kontrak, tanggung rugi, atau sebaliknya, berkaitan dengan CIMB Clicks dan Perkhidmatan Perbankan dan pelaksanaan kewajipan oleh anda di bawah Terma-terma dan Syarat-syarat ini, sama ada yang dialami oleh anda atau mana-mana orang lain kecuali Kerugian yang, tertakluk kepada Fasal 6.8, adalah disebabkan oleh kecuaian melampau atau keingkaran yang disengajakan oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank.
  • 17.2 Tanpa mengehadkan keluasan Fasal 17.1 di atas, CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank tidak akan bertanggungjawab atas sebarang Arahan atau kegagalan untuk menyempurnakan atau melaksanakan sebarang Arahan dan/atau Kerugian yang disebabkan oleh atau berbangkit daripada satu atau lebih peristiwa atau perkara berikut, yang walau bagaimanapun pun jua berbangkit atau ditanggung:-
    • 17.2.1 sebarang kepincangan, kecacatan dan/atau kerosakan, gangguan atau kegagalan apa-apa telekomunikasi, komputer, terminal, pelayan atau peranti atau sistem lain sama ada dimiliki, dikendalikan atau disenggara oleh anda, CIMB Bank atau mana-mana orang lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada kegagalan sebarang peralatan atau sistem untuk menerima, mengiktiraf atau memproses mana-mana Pin Kad CIMB, Kata Laluan Perbankan Internet, TAC, SecureTACTM, Kod Laluan dan ID Pengguna CIMB Clicks atau Arahan;
    • 17.2.2 sebarang kepincangan, kerosakan, gangguan dan/atau ketiadaan CIMB Clicks atau mana-mana bahagian daripadanya, yang walau bagaimanapun jua berbangkit;
    • 17.2.3 mana-mana Perkhidmatan Perbankan tidak dapat diakses atau tidak tersedia atau tidak berfungsi;
    • 17.2.4 apa-apa kegagalan atau kelewatan disebabkan oleh pelayar internet anda atau perkakasan dan/atau perisian lain (termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kegagalan untuk menaik taraf pelayar internet dan/atau perisian berkenaan atau untuk menggunakan versinya yang baharu dan terkini sebagaimana yang dikehendaki oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank), perisian hasad atau masalah yang berkaitan;
    • 17.2.5 pencemaran, pemusnahan, perubahan, kehilangan atau kesilapan pada Arahan anda atau apa-apa data atau maklumat apabila dihantar melalui CIMB Clicks;
    • 17.2.6 apa-apa pencerobohan, gangguan atau serangan oleh mana-mana orang, perisian hasad atau komponen berbahaya lain atau program atau fail yang merosakkan;
    • 17.2.7 sebarang penggunaan CIMB Clicks pada peranti mudah alih yang 'jail-broken' atau 'rooted' seperti yang dinyatakan dalam Fasal 13.8;
    • 17.2.8 apa-apa kehilangan atau kecurian CRN, Pin Kad CIMB, Kata Laluan Perbankan Internet, TAC, SecureTACTM, Kod Laluan, ID Pengguna CIMB Clicks dan atau peranti mudah alih atau penggunaan yang sama tanpa kebenaran disebabkan oleh kegagalan anda untuk mematuhi kewajipan anda di bawah Terma-terma dan Syarat-syarat ini;
    • 17.2.9 sebarang pemintasan jarak jauh yang diakibatkan oleh program hasad yang disimpan dalam mana-mana telekomunikasi, komputer atau mana-mana peranti lain sama ada dimiliki, dikendalikan atau disenggara oleh anda atau tidak;
    • 17.2.10 sebarang akses dan penggunaan yang dikatakan terhadap CIMB Clicks dan/atau Perkhidmatan Perbankan, CRN, Pin Kad CIMB, Kata Laluan Perbankan Internet, TAC, SecureTACTM, Kod Laluan dan ID Pengguna CIMB Clicks anda, serta sebarang perisian atau perkakasan lain yang disediakan oleh CIMB Bank kepada anda, jika ada;
    • 17.2.11 sebarang (i) akses dan/atau penggunaan CIMB Clicks dan Perkhidmatan Perbankan tanpa kebenaran oleh mana-mana orang, sama ada dilaksanakan secara jarak jauh atau sebaliknya dan atau (ii) akses oleh atau pencurian maklumat oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan berkaitan dengan maklumat yang dihantar melalui CIMB Clicks disebabkan kegagalan oleh anda untuk mematuhi kewajipan anda di bawah Terma-terma dan Syarat-syarat ini;
    • 17.2.12 apa-apa larangan, penggantungan, kelewatan atau sekatan terhadap akses anda kepada CIMB Clicks oleh undang-undang dan peraturan-peraturan mana-mana negara dari mana anda mengakses CIMB Clicks;
    • 17.2.13 CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu penipuan, tindakan jenayah, kesalahan atau pelanggaran mana-mana undang-undang atau peraturan telah atau akan dilakukan;
    • 17.2.14 Akaun-akaun anda yang berkenaan telah dikenakan sebarang proses undang-undang atau tuntutan lain yang menyekat transaksi-transaksi atau jika Akaun-akaun yang berkenaan tersebut sebaliknya telah dibekukan, ditutup atau digantung atas apa-apa sebab pun jua;
    • 17.2.15 apa-apa larangan, penggantungan, kelewatan atau sekatan terhadap akses anda kepada CIMB Clicks yang disebabkan oleh, berkaitan dengan atau berhubung dengan penyedia perkhidmatan rangkaian anda;
    • 17.2.16 Perbadanan Penerima tidak memproses Pembayaran anda tepat pada masanya dan/atau dengan betul;
    • 17.2.17 maklumat, data atau Arahan yang diberikan oleh anda berhubung dengan (i) apa-apa transaksi atau pelaksanaan apa-apa transaksi atau sebaliknya berhubung dengan penyediaan mana-mana Perkhidmatan Perbankan adalah tidak tepat atau tidak lengkap; atau (ii) akaun benefisiari kepada mana jumlah sepatutnya dibayar atau dipindahkan tidak wujud, dibekukan, ditutup atau digantung atas apa-apa sebab pun jua;
    • 17.2.18 kami bergantung kepada, menguatkuasakan atau melaksanakan sebarang data, maklumat atau Arahan yang diterima daripada anda (termasuk data, maklumat atau Arahan yang tidak tepat atau tidak lengkap);
    • 17.2.19 kegagalan, kecuaian atau ketinggalan anda untuk menyimpan dana yang cukup dalam Akaun-akaun yang berkenaan atau anda tidak mempunyai kemudahan kredit overdraf yang mencukupi untuk (i) melaksanakan mana-mana Arahan anda, (ii) memindahkan atau membayar sebarang jumlah yang berkenaan atau (iii) membayar sebarang jumlah yang kena dibayar (termasuk fi, cukai, duti, levi, penalti, caj, perbelanjaan, dan/atau faedah kepada CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank dari semasa ke semasa untuk penggunaan CIMB Clicks dan/atau mana-mana Perkhidmatan Perbankan);
    • 17.2.20 ketidakupayaan anda untuk melaksanakan apa-apa transaksi disebabkan oleh had, termasuk had transaksi yang ditetapkan oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank dari semasa ke semasa;
    • 17.2.21 kegagalan, kecuaian atau ketinggalan anda untuk bertindak selaras dengan:
      • (i) Terma-terma dan Syarat-syarat ini;
      • (ii) arahan-arahan dan prosedur-prosedur untuk menggunakan CIMB Clicks atau Perkhidmatan Perbankan khusus yang ditawarkan di bawahnya; dan
      • (iii) sebarang peraturan, dasar dan garis panduan lain,

        yang kini berkuat kuasa;
    • 17.2.22 apa-apa kelewatan atau kegagalan untuk menghantar apa-apa dokumen atau bahan di bawah Perjanjian ini disebabkan tindakan anda, kegagalan anda untuk bertindak atau arahan anda;
    • 17.2.23 sebarang peristiwa, yang mana kejadiannya adalah di luar kawalan munasabah CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank, termasuk tetapi tidak terhad kepada kebakaran, gempa bumi, banjir, kilat, rusuhan, mogok, sekat masuk, tindakan kerajaan, peperangan, gangguan bekalan elektrik atau kuasa;
    • 17.2.24 keputusan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank untuk tidak meminta penentusahan dan/atau maklumat tambahan selaras dengan Fasal 9.2 di atas; atau
    • 17.2.25 apa-apa Kerugian yang diakibatkan oleh pihak ketiga.
    • 17.2.26 apa-apa penggantungan atau sekatan terhadap Perkhidmatan Perbankan disebabkan oleh penyekatan TAC anda, yang berbangkit daripada percubaan maksimum input TAC yang dibenarkan.
  • 17.3 Meskipun CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank ("Bank-bank") akan mengambil usaha yang munasabah untuk memastikan bahawa maklumat produk, harga dan kadar di laman web mereka masing-masing dan "Goals and Savings" berkenaan dengan kemajuan penyediaan "Goals" adalah tepat dan terkini, ada kalanya maklumat, harga atau kadar yang tidak tepat atau tidak lengkap mungkin dipaparkan dengan tidak sengaja. Jika maklumat, harga atau kadar tersebut adalah tidak tepat atau tidak lengkap, Bank-bank boleh menolak, mengelak dan/atau membatalkan sebarang pesanan yang dibuat dan atau sebarang transaksi yang dilaksanakan di bawah Akaun, Perkhidmatan Perbankan dan apa-apa transaksi lain yang dilaksanakan disebabkan oleh maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap tersebut. CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan atau ketinggalan dalam kandungan CIMB Clicks, dan dengan nyata mengecualikan liabiliti terhadap apa-apa kerugian yang ditanggung akibat kesilapan, ketidaktepatan, salah nyata atau ketinggalan tersebut, kecuali setakat mana diakibatkan semata-mata oleh kecuaian melampau atau keingkaran yang disengajakan oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank.
  • 17.4 Tanpa menjejaskan keluasan perkara di atas dan meskipun apa-apa peruntukan yang menyatakan sebaliknya dalam Perjanjian ini atau dalam mana-mana perjanjian lain antara CIMB Bank dan anda, atau mana-mana perjanjian lain antara CIMB Islamic Bank dan anda, CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank (yang mana berkenaan) tidak akan bertanggungjawab kepada anda untuk sebarang Kerugian terpencil atau Kerugian berbangkit (remote or consequential Loss) (termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan keuntungan atau kehilangan peluang), atau untuk gantirugi punitif, sama ada berbangkit daripada sebarang pelanggaran kewajipan kami kepada anda atau sebaliknya.
  • 17.5 Jika CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank:
    • 17.5.1 gagal mematuhi prosedur tentang aduan dan penyiasatan yang dibentangkan dalam Fasal 14; dan
    • 17.5.2 kegagalan tersebut:
      • (i) diakibatkan oleh kelakuan menipu atau kecuaian melampau oleh pegawai-pegawai CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank; dan
      • (ii) memudaratkan keputusan aduan atau mengakibatkan kelewatan untuk menyelesaikannya,
      CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank mungkin, tertakluk kepada Fasal 5.4, 5.6 dan 5.7, bertanggungjawab kepada anda sehingga jumlah penuh transaksi tersebut, dengan syarat tuntutan anda untuk Kerugian disokong oleh bukti berdokumen.

18. Variasi

  • 18.1 CIMB Bank berhak untuk meminda, menggantikan, memadamkan atau menambah kepada Terma-terma dan Syarat-syarat ini dari semasa ke semasa dengan memberikan notis terdahulu selama sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari kalendar tentang apa-apa terma dan syarat tambahan atau terma dan syarat yang dipinda.
  • 18.2 Notis tersebut boleh diberikan kepada anda sama ada secara bertulis dialamatkan ke alamat terakhir yang diberikan oleh anda kepada CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank atau dalam bentuk notis yang dipaparkan di cawangan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank atau dalam bentuk notis yang dipaparkan pada skrin apabila mengakses CIMB Clicks atau menurut sebarang cara lain yang boleh ditetapkan oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank dari semasa ke semasa.
  • 18.3 Jika anda terus menggunakan CIMB Clicks selepas tarikh berkuat kuasa apa-apa perubahan pada Terma-terma dan Syarat-syarat ini. atau jika tiada tarikh kuat kuasa yang ditetapkan, selepas tempoh dua puluh satu (21) hari kalendar apabila anda menerima notis tersebut, sama ada yang yang sebenarnya diterima atau dianggap diterima selaras dengan Fasal 19.2, anda akan dianggap telah menerima perubahan sedemikian pada Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan bersetuju terikat olehnya.

19. Notis

  • 19.1 Melainkan dengan jelas dinyatakan sebaliknya dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini, semua notis dan komunikasi oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank berkaitan dengan CIMB Clicks boleh diberikan oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank dalam salah satu cara berikut:-
    • 19.1.1 melalui pos berdaftar ke alamat terakhir anda dalam rekod CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank, sama ada dimasukkan ke dalam penyata Akaun berkala atau sebaliknya;
    • 19.1.2 melalui pos biasa ke alamat terakhir anda dalam rekod CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank, sama ada dimasukkan ke dalam penyata Akaun berkala atau sebaliknya;
    • 19.1.3 melalui penghantaran faks, e-mel, SMS, WhatsApp atau bentuk komunikasi serta-merta lain ke nombor telefon atau e-mel anda yang terakhir diketahui dalam rekod CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank;
    • 19.1.4 dengan memaparkannya di premis CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank, termasuk cawangannya;
    • 19.1.5 dengan memaparkannya pada skrin apabila mengakses laman web CIMB Clicks dan/atau Aplikasi CIMB Clicks;
    • 19.1.6 melalui apa-apa cara lain yang dianggap wajar secara munasabah oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank.
  • 19.2 Semua notis dan komunikasi yang dihantar oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank kepada anda, kecuali dinyatakan sebaliknya dalam Perjanjian ini atau dalam notis atau komunikasi yang disebut dalam Fasal 19.1, akan dianggap telah diterima dan berkuat kuasa, seperti berikut:-
    • 19.2.1 jika melalui pos berdaftar; setelah penerimaan diakui;
    • 19.2.2 jika melalui pos biasa, pada hari ketujuh (ke-7) selepas pengeposan;
    • 19.2.3 jika melalui faks, e-mel atau komunikasi serta-merta yang lain, apabila dihantar daripada CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank (mengikut keadaan); dan
    • 19.2.4 jika melalui paparan (sama ada di premis CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank atau di laman web CIMB Clicks) apabila dipaparkan.
  • 19.3 Semua notis dan komunikasi kepada CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank hendaklah, kecuali ditetapkan dalam Perjanjian ini, dibuat secara bertulis, ditandatangani oleh anda dan dihantar kepada CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank, di alamat CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank yang dinyatakan di sini atau di mana-mana alamat lain yang dimaklumkan kepada anda dari semasa ke semasa.
  • 19.4 Tertakluk kepada peruntukan sebaliknya di dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini, semua notis daripada anda kepada CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank hanya akan berkuat kuasa apabila CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank (mengikut keadaan) merekodkannya dengan sewajarnya dalam rekodnya.

20. Penamatan

  • 20.1 Anda bersetuju dan mengakui bahawa CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank berhak dan mempunyai budi bicara untuk menggantung, menamatkan atau menyekat akses anda kepada CIMB Clicks atau mana-mana bahagian CIMB Clicks tanpa perlu memberikan apa-apa sebab dengan memberikan notis terdahulu selama tujuh (7) hari kepada anda.
  • 20.2 CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank boleh menamatkan, menggantung atau menyekat akses anda kepada CIMB Clicks atau mana-mana bahagian CIMB Clicks dengan serta-merta dengan memberikan notis kepada anda, jika:-
    • 20.2.1 anda tidak lagi memegang apa-apa Akaun dengan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank yang boleh diakses menerusi CIMB Clicks;
    • 20.2.2 anda memungkiri apa-apa terma, syarat atau peruntukan di dalam Perjanjian ini atau yang ditetapkan oleh mana-mana badan perundangan, pengawalseliaan atau pihak berkuasa atau badan yang lain;
    • 20.2.3 anda gagal untuk membayar apa-apa Fi dan Caj atau Cukai apabila kena dibayar;
    • 20.2.4 anda telah memberikan maklumat palsu atau tidak lengkap kepada CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank berkaitan dengan akses atau penggunaan CIMB Clicks oleh anda;
    • 20.2.5 anda menjadi, mengancam atau menetapkan untuk menjadi atau berisiko dikenakan apa-apa bentuk pentadbiran insolvensi;
    • 20.2.6 menurut pendapat CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank, langkah demikian adalah demi kepentingan awam;
    • 20.2.7 menurut pendapat CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank, penamatan, penggantungan atau sekatan tersebut diperlukan untuk memudahkan penyiasatan mengenai hal-hal berkaitan dengan (i) penggunaan Akaun anda, (ii) akses kepada CIMB Clicks anda dan/atau (iii) penggunaan Perkhidmatan Perbankan, yang disyaki menipu atau tidak dibenarkan; atau
    • 20.2.8 CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank dimaklumkan dan diminta oleh pihak berkuasa yang berkenaan supaya menamatkan, menggantung atau menyekat akses anda kepada CIMB Clicks tidak kiralah sama ada pihak berkuasa yang berkenaan tersebut mempunyai kuasa undang-undang atau kuasa sah untuk meminta CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank untuk berbuat demikian.
    • 20.2.9 menurut pendapat CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank, langkah demikian adalah perlu untuk memastikan atau mengekalkan keselamatan CIMB Clicks dan penggunanya.
    • 20.2.10 TAC anda disekat berbangkit daripada percubaan maksimum input TAC yang dibenarkan.
  • 20.2A Jika anda tidak log masuk ke dalam CIMB Clicks untuk tempoh berterusan selama 180 hari dari tarikh terakhir anda berjaya log masuk ke dalam CIMB Clicks, akses CIMB Clicks anda akan dianggap tidak aktif dan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank boleh menggantung akses anda kepada CIMB Clicks tanpa sebarang notis lanjut kepada anda.
  • 20.3 Anda boleh menamatkan akses anda kepada dan penggunaan anda terhadap CIMB Clicks atau mana-mana Perkhidmatan Perbankan tertentu pada bila-bila masa, dengan memberikan notis terdahulu bertulis selama sekurang-kurangnya empat belas (14) hari kepada CIMB Bank. Pemberitahuan tersebut tidak akan berkuat kuasa sehingga CIMB Bank menerima notis anda, mengakuinya dan seterusnya menamatkan akses anda kepada dan penggunaan anda terhadap CIMB Clicks atau bahagian yang berkenaan di dalam CIMB Clicks.
  • 20.4 Anda bersetuju dan mengakui bahawa penamatan tidak akan menjejaskan liabiliti atau kewajipan anda berkenaan dengan Arahan yang diterima oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank sebelum penamatan tersebut, yang telah diproses atau sedang diproses oleh CIMB Bank.
  • 20.5 Anda selanjutnya bersetuju dan mengakui bahawa jika Arahan telah diterima oleh CIMB Bank sebelum penamatan tersebut tetapi belum diproses, dan akses anda kepada CIMB Clicks kemudiannya ditamatkan, anda tidak akan mempertanggungjawabkan CIMB Bank atas sebarang kegagalan untuk memproses Arahan tersebut.
  • 20.6 Sebarang hak dan kewajipan di bawah Terma-terma dan Syarat-syarat ini, yang menurut terma dan kesannya akan terus wujud selepas penamatan Terma-terma Akses dan atau Perjanjian ini dalam apa jua cara, akan terus berkuat kuasa dan berkesan dengan sepenuhnya selepas penamatan.

21. Tanggu Rugi

  • 21.1 Anda hendaklah menanggung rugi dan memastikan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank, pegawai-pegawainya, pengarah-pengarahnya, pekerja-pekerjanya dan agen-agennya tidak dipertanggungjawabkan terhadap sebarang dan semua Kerugian yang dialami atau ditanggung akibat mana-mana yang berikut:-
    • 21.1.1 apa-apa kegagalan oleh anda untuk mematuhi mana-mana Terma-terma dan Syarat-syarat ini; dan/atau
    • 21.1.2 CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank mengambil tindakan selaras dengan apa-apa Arahan atau arahan atau permintaan mana-mana syarikat dan/atau organisasi yang membantu atau memudahkan pemprosesan dan/atau pelaksanaan mana-mana Arahan atau dalam apa cara jua selaras dengan Terma-terma dan Syarat-syarat ini, kecuali sejauh mana berpunca daripada kecuaian melampau atau keingkaran yang disengajakan oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank.
  • 21.2 Anda bersetuju dan mengakui bahawa kewajipan anda untuk menanggung rugi CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank akan kekal wujud meskipun penamatan Perjanjian ini atau penggunaan CIMB Clicks oleh anda.

22. Lien Am

  • 22.1 Semua dana, suratcara dan harta lain kepunyaan anda dalam milikan atau kawalan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank adalah tertakluk kepada lien am memihak kepada CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank berkenaan dengan semua jumlah atau liabiliti lain yang pada masa ini atau pada bila-bila masa hadapan menjadi kena dibayar, terhutang atau ditanggung oleh anda kepada CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank terhadap Akaun-akaun, CIMB Clicks atau mana-mana Perkhidmatan Perbankan, atau sebaliknya (dalam apa jua cara, dalam apa jua mata wang, sama ada sebenar atau kontingen, bersama atau berasingan). CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank boleh menggunakan hasilnya untuk menjelaskan atau menolak jumlah dan liabiliti tersebut dengan memberikan notis selama 7 hari kepada anda. Sementara menunggu tolakan tersebut dibuat, dana, suratcara dan harta lain tersebut yang tertakluk kepada lien am boleh dibekukan atau digantung oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank.

23. Penggunaan Antarabangsa

  • 23.1 Anda bersetuju dan mengakui bahawa akses dan penggunaan CIMB Clicks oleh anda dari luar Malaysia mungkin tertakluk kepada, antara lainnya:-
    • 23.1.1 peraturan kawalan pertukaran Bank Negara Malaysia;
    • 23.1.2 keperluan fiskal atau keperluan kawalan pertukaran lain negara yang di mana transaksi dilaksanakan atau diminta; dan
    • 23.1.3 undang-undang dan peraturan-peraturan lain yang berkenaan di Malaysia dan di negara di mana transaksi tersebut dilaksanakan atau diminta.
  • 23.2 Selanjutnya, anda bersetuju dan mengakui bahawa Bank Negara Malaysia dan undang-undang dan peraturan-peraturan negara di mana transaksi tersebut dilaksanakan atau diminta boleh membataskan atau menentukan jumlah maksimum transaksi tertentu dan tujuan transaksi tersebut dilaksanakan.

24. Bukti

  • 24.1 Bukti mengenai Arahan anda dan/atau komunikasi yang dihantar antara CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank mungkin wujud dalam bentuk rekod komputer CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank. Ini termasuk, antara lainnya, log telefon, log transaksi, data yang disimpan dalam cakera keras, pita magnetik, kartrij, pemacu kilat atau media lain, cetakan komputer tentang sebarang komunikasi dan sebarang bentuk maklumat lain yang disimpan dalam mana-mana media penyimpanan data.
  • 24.2 Selaras dengan Fasal 24.1, anda selanjutnya bersetuju dan mengakui bahawa kecuali dan melainkan jika berlaku kesilapan nyata, anda hendaklah merujuk dan pada setiap masa, menganggap semua rekod komputer CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank sebagai bukti konklusif mengenai Arahan anda dan/atau komunikasi yang diterima atau dihantar oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank.
  • 24.3 Anda bersetuju dan mengakui bahawa semua Arahan anda dan/atau komunikasi anda yang dihantar kepada CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank (sama ada melalui Perkhidmatan Pemesejan Selamat atau sebaliknya) yang mencapai piawaian operasi dan keperluan berkenaan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank akan dianggap sama seperti komunikasi berdokumen yang bertulis dan/atau ditandatangani, dan membawa kesan yang sama sepertinya.

25. Am

  • 25.1 Kegagalan atau kelewatan di pihak CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank untuk melaksanakan apa-apa hak, kuasa, hak istimewa atau remedi di bawah Terma-terma dan Syarat-syarat ini apabila berlaku apa-apa keingkaran oleh anda tidak akan menjejaskan apa-apa hak, kuasa, hak istimewa atau remedi tersebut, atau ditafsirkan sebagai penepian atau apa-apa keakuran (akuiesens) terhadap keingkaran tersebut. Sebarang penepian adalah tidak sah kecuali dibuat secara bertulis oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank. Sebarang penepian oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank tidak akan beroperasi sebagai penepian sebarang keingkaran seterusnya oleh anda.
  • 25.2 Jika mana-mana peruntukan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini diputuskan sebagai menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuat kuasa di bawah undang-undang pada masa kini atau masa akan datang, peruntukan sedemikian akan diasingkan dengan sepenuhnya dan Terma-terma dan Syarat-syarat ini akan ditafsirkan dan dikuatkuasakan seolah-olah peruntukan yang menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuat kuasa tersebut tidak pernah menjadi sebahagian daripada Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan peruntukan yang selainnya akan terus berkuat kuasa dan berkesan dengan sepenuhnya dan tidak akan terjejas oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuat kuasa tersebut.
  • 25.3 Anda bersetuju dan mengakui bahawa anda akan menggunakan segala usaha yang munasabah untuk berunding dengan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank dengan niat baik dan menyelesaikan dengan aman apa-apa pertikaian yang mungkin berbangkit daripada atau berkaitan dengan Perjanjian ini. Jika mana-mana pertikaian tersebut tidak dapat diselesaikan dengan aman, anda boleh merujuk pertikaian tersebut kepada Ombudsman Kewangan di bawah Skim Ombudsman Kewangan. Jika pengantaraan tersebut juga gagal mencapai penyelesaian, sama ada anda atau CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank boleh memilih untuk membawa perkara tersebut kepada mahkamah dengan bidang kuasa kompeten di Malaysia.