Tip keselamatan untuk perbankan dalam talian

Perbankan internet menjadikan urusan perbankan lebih mudah
kepada orang ramai, di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Tip keselamatan untuk perbankan dalam talian

Perbankan internet menjadikan urusan perbankan lebih mudah kepada orang ramai, di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Orang ramai adalah dinasihatkan agar mengambil langkah-langkah keselamatan semasa melakukan transaksi kewangan secara dalam talian.
  1. A. Sentiasa memastikan bahawa alamat sesawang atau lebih dikenali sebagai Uniform Resource Locator (URL) bank yang ingin anda berurusan dengan adalah betul.
  2. B. Pastikan log masuk dan kata laluan anda dirahsiakan.
  3. C. Pastikan terdapat dua faktor pengesahan bagi memastikan keselamatan akaun anda tidak terjejas. Contohnya seperti kod pengesahan transaksi (TAC) melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
  4. D. Tingkatkan tahap kesukaran kata laluan.
  5. E. Mengakses akaun melalui satu sambungan rangkaian peribadi yang selamat dan tidak menggunakan WiFi di kawasan awam.
  6. F. Jangan klik pada mana-mana pautan yang diterima melalui emel, SMS atau lain-lain platform media sosial yang mencurigakan.
  7. G. Pastikan program perisian anti-virus/anti-malware yang berlesen ada dipasang pada alat-alat peranti anda dan sentiasa dikemas kini bagi mengesan sebarang pencerobohan atau penggodaman.
  8. H. Pantau akaun anda sekerap mungkin.
  9. I. Pastikan apliksi perbankan mudah alih dimuat turun daripada bank atau institusi kewangan dan bukannya daripada pihak ketiga.

Maklumat ini dibawa khas kepada anda oleh